Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Siapa Layak Nak Ganti Dr. Noor Hisham?”- Datuk Ayu Puteh ‘Sound’ Lana Nodin

by Soph Azz
August 2, 2021
105
KONGSIAN
Share on Facebook

Membidas kenyataan pelakon Lana Nodin, penerbit Datuk Ayu Puteh menggambarkan tindakan pelakon ini memburukkan lagi keadaan semasa negara.

Tiada Yang Layak Daripada Dr. Noor Hisham

Dedah Datuk Ayu, Dr. Noor Hisham merupakan individu yang sesuai pada ketika ini untuk menyelamatkan negara. Ujarnya, Dr. Noor Hisham telah bertungkus lumus sejak awal pandemik sehingga sekarang bagi membendung penularan wabak COVID-19 tersebut.

Foto – Cinema/ Wikipedia

“Kalau kau suruh Dr. Noor Hisham letak jawatan, siapa lagi yang layak nak gantikan dia? Dr ni la yang jatuh bangun dengan kita semua”, tulisnya dalam ruangan komen Instagram Mstar.

Tambah penerbit ini, dia meminta Lana dan orang ramai untuk mengkaji semula dari mana datangnya dan punca penyakit berbahaya ini. Malah dia juga berkata Dr. Noor Hisham telah bekerja keras bagi membendung wabak ini berbanding dengan sesetengah individu yang sepatutnya di Malaysia.

Foto – @lananodinmckienzie (Instagram)

“Semua Fikir Hal Masing-Masing”

Pada masa yang sama, Datuk Ayu juga mendedahkan segelintir individu tidak pernah menghiraukan keadaan orang lain melainkan diri mereka sendiri. Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan terus menyalahkan orang lain.

Foto – Astro Awani

“Politik kerajaan inilah yang dah buat negara kita lagi huru hara. Semua kat kepala Dr. Hisham ni dengan PDRM. Bila jadi pasal pun puak 2 ni ja kena hentam. Tolonglah  Dik Lana.”

Tambahnya lagi, Datuk Ayu meminta Lana Nodin untuk tidak menyuarakan pendapatnya bagi meminta Dr. Noor Hisham meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui dan menyelidik perkara sebenar.

Hormati Dua ‘Puak’ Ini 

Penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD), Datuk Ayu Puteh meminta orang ramai untuk menghormati kerja Dr. Noor Hisham dan anggota PDRM dalam menjalankan tugas mereka. Akuinya, kedua-dua pihak ini adalah manusia biasa yang menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Foto – Code Blue

“Hormati la Dr. Hisham ni. Semua tahu dia pun all out nak selesaikan COVID ini”, dedahnya.

Datuk Ayu juga berkata video pendek yang tular memaparkan beberapa pekerja tidak memakai topeng muka ketika menjalankan kerja itu tidak berkait dengan Dr. Noor Hisham. Tambahnya, ketua dia tempat berkenaan yang perlu memainkan peranan bagi mengawasi pekerjanya.

“Yang Dr dan PDRM semua ni jaga adalah manusia. Dan bukan semua nak dengar kata. Banyak juga yang sakai tak faham bahasa! Yang video yang Lana tunjuk yang kira stok mayat tu pun sakai mamat tu. Ketua tempat tu yang kena main peranan. Bukan Dr. Hisham.

Please la just doakan dia dan team dia still strong”, minta Datuk Ayu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Ayu PutehDr. Noor HishamLana Nodin
https://lomp.at/u4327
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem