Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Kerana Gaya Rambut, Netizen Korea Gesa Atlet Memanah Kembalikan Pingat Olimpik

by Soph Azz
August 2, 2021
Foto - @ssaaaann__22 (Instagram)

Foto - @ssaaaann__22 (Instagram)

Share on Facebook

Tular baru-baru ini apabila netizen lelaki di Korea Selatan mula melabel atlet perempuan memanah mereka, An San sebagai seorang feminis ketika Olimpik Tokyo 2020.

Rambut Pendek Simbol Feminisme?

Atlet memanah, An San yang berusia 20 tahun itu telah memenangi tiga pingat Emas dalam acara memanah mewakili Korea Selatan di Olimpik Tokyo 2020. Walaupun pencapaiannya membanggakan Korea Selatan, tetap penampilan gaya rambut atlet ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen lelaki.

Foto – The Japan Times

Dipetik daripada World Of Buzz, An San dikatakan memiliki gaya rambut pendek seperti lelaki. Ujarnya gaya rambut itu buatkan  dia selasa dan jawapannya membuatkan netizen lelaki menjadi tidak berpuas hati. Mereka menganggap rambut pendeknya itu sebagai simbol feminisme.

Tidak Hiraukan Kecaman Netizen 

Meskipun menerima pelbagai mesej kecaman di media sosial terutamanya Instagram, An San berkata dia tidak akan memeriksa peti masuknya bagi membaca mesej yang diterima.

Foto – @kookoo900 (Instagram)

Melihatkan kecaman yang diterima oleh An San, rata-rata wanita Korea Selatan mula memuat naik gambar mereka berambut pendek bagi menyokong atlet memanah tersebut. Malah aktres Koo Hye Sun juga memuat naik gambarnya berambut pendek manakala ahli parlimen Jang Hye Yeong memberi responnya;

“Walaupun anda memenangi pingat emas Olimpik dengan kemahiran dan kebolehan anda sendiri, selagi seksisme berterusan dalam masyarakat, anda akan dihina dan diminta untuk mengembalikan pingat hanya kerana anda mempunyai rambut pendek”, ujar netizen wanita Korea.

Foto – Twitter

Untuk pengetahuan kamu beberapa tahun kebelakangan ini, ramai wanita mula memperjuangkan hak mereka dengan gerakan #MeToo dan mengambil tindakan terhadap video spycam yang difilemkan secara diam di tempat awam. Mereka yang digelar sebagai feminisme ini sering digambarkan sebagai wanita ego dan anti lelaki.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
an san korea selatanfeminisme
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara