Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Pernah Digelar Penyanyi Kampung, Lagu Apak Harry Khalifah Banyak Yang ‘Catchy’!

Apak turut melancarkan 'Seishin Battle'

by Khai Azfar
August 3, 2021
Share on Facebook

Selain bergelar penyanyi,Apak Harry Khalifah turut dikenali ramai sebagai komposer yang berbakat besar.

Tidak Kecil Hati 

Buktinya, lagu-lagu ciptaannya kini hangat dimainkan di corong radio biarpun ada yang menyifatkan lagu tersebut seperti sebuah karya leman atau kampung. Berbangga dengan gelaran tersebut, menurut Apak atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan lagu-lagu yang dihasilkan sebenarnya diilhamkan dari fikiran dan hatinya. Malah, dia tidak langsung berkecil hati dan akan terus berkarya selagi termampu.

“Saya tak nafikan setiap komposer pasti akan berasa tekanan dalam menghasilkan lagu. Macam saya, apa yang keluar di fikiran dan hati, saya keluarkan saja. Malah, semua lagu saya memang datang dari hati. Walaupun orang kata ia seperti lagu-lagu kampung atau ‘leman’.

“Saya lagi bangga orang kata lagu saya kampung dan ‘leman’. Saya bangga dilabel penyanyi lagu kampung. Tak terkesan dan tak kisah pun apa yang orang cakap kerana yang pasti saya akan terus berkarya sampai bila-bila” katanya kepada Murai.my

Lagu Seishin Buah Tangan Terbaharu Apak 

Apak ditemui Murai.my secara virtual pada sidang media single terbaharu nya, Seishin baru-baru ini. Menjelaskan maksud Seishin, kongsi Apak ia diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud semangat. Menariknya mengenai Seishin, lagu ini merupakan single instrumental pertama Apak yang telah kini boleh diperdengarkan di semua platform digital.

“Seishin ini menceritakan mengenai perjalanan kehidupan saya dalam industri muzik yang mana saya bermula betul-betul dari bawah dengan usaha kerja keras, naik dan turun, dicerca, dimaki sehinggalah menjadi Apak Harry Khalifah yang sekarang ini.

“Bukanlah nak berasa diri saya sekarang bagus atau hebat, tetapi dengan pencapaian sekarang saya sangat bersyukur, alhamdulillah. Selain itu saya dikenali dengan karya-karya dihasilkan serta dapat memberikan sumbangan kepada artis baru,” kongsi nya lagi

Menerusi carian Murai.my, video muzik Seishin kini telah mendapat lebih dari 200 ribu tontonan di laman YouTube sejak dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai lalu.  Malah, Apak turut melancarkan ‘Seishin Battle’ yang mengajak peminat dan kenalannya untuk berduet memainkan lagu tersebut menerusi gitar dan difahamkan Apak turut. menyediakan hadiah buat pemenang kelak.

YouTube video
apak harry khalifah
https://lomp.at/sdwi3
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’

by Naddy Joe
May 15, 2026

Penyanyi berbakat dari Sarawak, Sulaiman Usop, rilis single terbaharu berjudul Pergilah, sebuah single yang memperlihatkan evolusi muzik dan emosi.  Sulaiman...

Read moreDetails
Musik

[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’

by Phic ARMAN
May 11, 2026

Konsert pertandingan vokal ke?  Itulah persoalan yang tiba-tiba hangat diperdebatkan selepas berlangsungnya konsert 4 Decades Fauziah Latiff Live in Concert...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Indonesia

Peterpan Umum Barisan Artis Jemputan Bakal Kongsi Pentas Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
May 15, 2026

“The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” bukan sekadar membawa lagu-lagu lama kembali ke atas pentas, tetapi meneruskan sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara