Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Ashira Mohon Maaf, Akui Ralat Ibu Tiri Meninggal Dunia Selepas Pulang Dari Hospital Akibat COVID-19

Ibu tirinya itu dibenarkan pulang di sebelah pagi namun pergi buat selama-lamanya pada petang hari yang sama

by Khai Azfar
August 4, 2021
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Ashira Aziz akui masih lagi bersedih dengan pemergian ibu tirinya, Norma Ariffin yang menghembuskan nafas terakhir akibat pandemik COVID-19 di kediamannya di Selayang, jam 6.20 petang Isnin.

Ashira Mohon Maaf 

Susulan itu, Ashira turut memohon maaf atas kenyataan mengenai punca kematian Norma atau lebih mesra disapa Ashira sebagai Mak Norma ,sebelum ini yang mungkin membuat orang salah faham mengenainya.

“Post tadi Shira dah delete ya. Maaf jika ramai yang salah faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa..Cuma ya lah..saya ralat..dia dibenarkan pulang pagi semalam kita pun happy lah” tulis Ashira

Bagaimanapun,hantaran tersebut telah pun dipadam oleh pelantun Di Ombak Resah ini. Menjelaskan lebih lanjut, Ashira berkata dia berasa ralat kerana mereka gembira setelah ibu tirinya itu dibenarkan pulang di sebelah pagi namun pergi buat selama-lamanya pada petang hari yang sama sekaligus membuatkan bapanya yang juga  penyanyi veteran, Syed Abdul Aziz Syed Alwi berasa begitu sedih.

https://www.instagram.com/p/CSEvNUDFplA/

Dijangkiti Wabak COVID-19

Isteri kepada Bad Indigo ini turut mendedahkan hasil ‘post-mortem’ yang dilakukan ke atas jenazah mendapati Allahyarhamah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

“Alhamdulillah ada kesembuhan tetapi dia pergi waktu petang setelah dia dah sampai rumah hari yang sama dan punca kematian hari ini setelah dibuat post mortem adalah kerana jangkitan Covid. Itu yang saya sedih, lagi-lagi tengok Abah meraung menangis lagi saya saya sedih. Minta maaf ya semua. Saya redha, demi Allah saya redha dengan ujian dan ketentuan Allah”

“Sudah confirm arwah pergi disebabkan positif(COVID-19). Macama mana kamu boleh release dia izinkan dia balik sedangkan dia masih positif? Kan dah mendedahkan bahaya kepada orang lain especially Abah sebab Abah yang bersama dia yang terakhir..Allahuakhbar..”dedah Ashira

Terdahulu, Ashira memaklumkan Norma telah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat jangkitan COVID1-19 pada 24 Julai lalu. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang ke rumah pada pagi semalam sebelum diserang ‘slipped disc’ atau cakera tulang belakang tergelincir hingga mengalami kesukaran bergerak ketiba berada di rumah.

“Semalam abah happy jer sebab Mak Norma dah boleh discharge dari hospital selayang setelah beberapa hari quarantine disana. Abah kemas rumah,yayyy abah ada teman balik Mak Norma dah sampai rumah pagi tadi Alhamdullilah… Petang pula abah mesej Mak Norma sakit kuat slip disc dia sakit menyerang,dia tak boleh nak duduk atau bangun walaupun nak bergerak susah sakit..Abah kembali susah hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma,6.20pm Allah jemput Mak Norma balik.. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi..” kongsinya

Terdahulu, selain Allahyarhamah, Ashira dan bapanya  turut disahkan positif COVID-19 sejak mingg lalu, namun mereka hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ashira Azizbelasungkawaibu ashira
https://lomp.at/ue4pa
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem