Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Paras Oksigen Siti Sarah Menurun, Rakan Selebriti & Peminat Titipkan Doa

Sarah telah dibawa ke hospital menaiki ambulans kira-kira pukul 6.30 petang bagi mendapatkan rawatan susulan.

by Khai Azfar
August 5, 2021
Share on Facebook

Pada petang Rabu, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita mengenai penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Sarah Dibawa Ke Hospital Menaiki Ambulan

Seperti yang diketahui ramai sebelum ini, Sarah sekeluarga telah disahkan positif wabak COVID-19 dan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu. Namun, sejak dua hari lalu dia mengalami batuk dan berada dalam ketidak selesaan. Susulan itu, menurut pihak Indigital Music kepada Murai.my, Sarah telah dibawa ke hospital menaiki ambulans kira-kira pukul 6.30 petang bagi mendapatkan rawatan susulan.

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/

Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa 

Menjengah ke hantaran yang dimuatnaik oleh Murai.my dan suami Sarah yang juga pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu di laman Instagram, ramai rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen meluahkan rasa terkejut berikutan berasa risau akan keadaan Sarah yang kini sedang hamil 8 bulan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dalam masa yang sama mereka turut mendoakan agar kesihatan Sarah dan kandungannya kembali sihat seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan. Antara rakan selebriti yang mendoakan mereka seperti Datin Almy Nadia, Sharifah Shahira, Alif Satar, Anuar Zain serta ramai lagi.

Pada 26 Julai yang lalu,pasangan selebriti popular ini serta tiga cahaya mata disahkan positif COVID-19. Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah mereka disahkan dijangkiti pandemik berkenaan beberapa hari sebelum itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19siti sarah
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara