Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Siti Bainun Mohon Hak Penjagaan Semula 5 Anak Angkat Termasuk 2 Anak Istimewa

Permintaan keluarga kandung lima kanak-kanak itu untuk memberikan hak penjagaan kepada Bainun.

by Khai Azfar
August 5, 2021
Share on Facebook

Perkhabaran terbaru mengenai pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali,29 Mahkamah Kanak-Kanak di sini semalam telah menetapkan 14 September depan bagi pendengaran permohonan untuk mendapatkan semula hak penjagaan lima anak angkat di bawah jagaannya.

Permintaan Keluarga Kandung 

Via Kosmo

Memetik laporan Kosmo, difahamkan hak tersebut difailkan oleh Bainun dan lima lagi individu yang merupakan ibu kandung kepada anak angkatnya dengan menamakan Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden. Difahamkan, ia merupakan permintaan keluarga kandung lima kanak-kanak itu untuk memberikan hak penjagaan kepada Bainun.

Termasuk Dua Kanak-Kanak Sindrom Down 

Lima anak jagaan yang dituntut itu berusia antara dua hingga 14 tahun sebelum ini termasuk dua daripadanya sindrom down berada dibawah jagaan Bainun, dan Kelima-limanya kini dibawah JKM. Permohonan tersebut adalah juga bagi pembatalan perintah interim yang diberikan kepada JKM tanpa mematuhi keperluan di bawah Seksyen 30 (10) Akta Kanak-Kanak 2001 di mana penjaga yang sah tidak diberikan peluang hadir dan berhujah semasa perintah interim diberikan.

“Hari ini sepatutnya adalah pendengaran permohonan kerana kami memfailkan perakuan segera. Bagaimanapun pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan dan mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 September) untuk pendengaran permohonan tersebut,” kata peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor kepada portal akhbar tersebut

Nur A’minahtul turut memaklumkan pada waktu sekarang pihaknya telah mendapat perintah secara interim untuk Siti Bainun diberikan akses panggilan video (video call), penghantaran lampin pakai buang, susu dan gajet bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, antara permohonan itu ialah perintah pembatalan jagaan sementara lima anak angkat Siti Bainun yang sekarang diberikan kepada dua buah rumah kebajikan.

Terdahulu, negara digemparkan dengan isu penderaan seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella. Dalam siasatan tersebut, Bainun telah ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan dan dilepaskan tidak lama kemudian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Rumah Bondasiti bainun
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara