Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Keadaan Oksigen Masih Tidak Stabil

Menurut Shuib, keadaan Sarah masih berada dalam keadaan tidak baik dan paras oksigennya juga tidak stabil.

by Khai Azfar
August 6, 2021
Share on Facebook

Sebentar tadi, pelawak Shuib  berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya yang juga penyanyi popular, Siti Sarah.

Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Doa 

Menurut Shuib, keadaan Sarah masih berada dalam keadaan tidak baik dan paras oksigennya juga tidak stabil. Susulan itu, Sarah yang sedang sarat hamil 7 bulan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Dalam perkongsiannya itu, Shuib turut memohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak di dalam kandungannya selain mengharapkan Allah SWT memberikan kekuatan buat mereka.

“Assalammualaikum Salam Jumaat semua,pag tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.Saya mohon di hari baik, hari jumaat, doakan Sarah dan anak di dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin. @sitisarahraissuddin #covidfighter #06082021” tulis Shuib

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib Hilang Kata-Kata 

Menerusi laman Insta-story nya, Shuib berkongsi status memaklumkan dia seolah-olah telah hilang kata-kata dan menyerahkan segala-galanya pada ketentuan Allah.

Pada petang Rabu, pihak pengurusan Sarah, Indigital Music menerusi sebuah kenyataan kepada pihak Murai.my memaklumkan pelantun Manis itu dikejarkan ke HUKM Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak tersebut.

[VIDEO] Gelagat Shuib Beri Talita Guna Mikrofon Milik Siti Sarah, Raih Perhatian Ramai!
covid-19siti sarah
https://lomp.at/ozkvr
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara