[VIDEO] “Ibu Dah Dekat Syurga” – Shuib Sebak Beritahu Anak-Anak

Airmata peminat dan kenalan sekali lagi gugur menonton video tersebut.

44
KONGSIAN

Ramai yang terkejut apabila akaun Instagram Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mempunyai hantaran terbaharu pada malam Selasa.

Air Mata Peminat & Kenalan Gugur Lagi

Mungkin ada yang mengharapkannya kembali, namun hakikatnya penyanyi ini sudah pergi buat selama-lamanya menemui Ilahi. Dalam hantaran tersebut yang dipercayai dimuat naik oleh suaminya yang juga pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, airmata peminat dan kenalan sekali lagi gugur menonton video tersebut.

Dalam video itu, kelihatan Shuib memberitahu anak-anaknya mengenai Sarah selepas diasak pelbagai pertanyaan oleh mereka yang menonton berita pemergian insan istimewa itu.

“Anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada”

“Betul ke Daddy?” tanya salah seorang anak Shuib selepas membaca tajuk sebuah video yang kelihatan di dalam YouTube

Shuib Kuatkan Semangat Maklumkan Pada Anak-Anak 

Akui berat untuk maklumkan berita tersebut, namun sebagai seorang bapa dan memegang amanat yang telah dititipkan Allahyarhamah, Shuib akhirnya berkongsi perkhabaran tersebut sambil memberikan kata-kata semangat serta nasihat buat mereka.

“Ya Allah beratnya hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu…

Uwais, Talita, Matin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family…

Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga” tulisnya

Ketika memaklumkan berita tersebut, kelihatan kesemua mereka menangis sedih sebelum ditenangkan oleh Shuib.

“Ibu dah tak balik dah..Ibu takkan balik tau..”

“Ibu dah dekat syurga. Ingat tak Daddy selalu cakap pasal Syurga, pasal Neraka? Tapi ibu dah ada dalam Syurga. Syurga kan tempat yang best, tempat yang cantik.”

“Anak-anak Daddy dah buat yang paling baik. Anak-anak Daddy dah doakan ibu, sembahyang hari-hari, cuma Allah lagi sayang Ibu” ujar Shuib kepada anak-anaknya.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan selain ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai doa dan ucapan buat mereka sekeluarga.

Terdahulu,jenazah Allahyarhamah Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak Selangor pada jam 1.20 petang Isnin (9 Ogos 2021) selepas menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi.

Sarah meninggalkan suami, Shuib serta empat orang cahaya Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos 2021 menerusi kaedah pembedahan tanpa sedar.

+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN