Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Menjawab Persoalan Netizen Soal Nama Anak Angkatnya Ber’Bin’Kan Namanya, Noh Kini Bongkar Nama Penuh Musa!

by Puteri Alia
January 29, 2024
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehadiran anak-anak umpama pelengkap  sesebuah keluarga. Namun begitu, tidak semua pasangan suami isteri bernasib baik untuk memiliki anak meskipun sudah mencuba pelbagai cara.

Oleh itu, ada yang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat dan membesarkannya sebagai anak sendiri.

Umum mengetahui bahawa anak angkat didefinisikan sebagai anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri. Namun mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (9), Akta 253, anak angkat bermaksud:

“Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.”

Bahkan Islam merupakan agama yang sangat mementingkan nasab sehinggakan diharamkan untuk menasabkan anak angkat kepada bapa angkatnya.

Hal ini kerana Rasulullah SAW telah mengambil Zaid bin Harithah sebelum kenabian baginda dengan menjadikannya sebagai anak angkat sehinggakan Zaid digelar dengan Zaid bin Muhammad.

Setelah itu, turunnya arahan daripada Allah SWT untuk menghapuskan budaya menasabkan anak angkat kepada bapa angkat sebagaimana firman-Nya.

Namun sekiranya anak angkat tersebut diketahui siapa bapanya, hendaklah dinasabkan kepada nama bapanya yang sebenar.

Sekiranya tidak diketahui siapa sebenarnya nama bapa kepada anak angkat tersebut, maka dibolehkan untuk menasabkan dengan nama Abdullah ataupun mana-mana daripada Nama Asma Allah al-Husna yang diletakkan Abdu didepannya seperti Abdul Rahman, Abdul Majid dan seumpamanya selagimana nama tersebut tidak menyerupai nama bapa angkatnya.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Noh Salleh sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi nama penuh anak angkatnya, Musa dalam media sosial.

Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, memuat naik perkara tersebut selepas dia menerima pertanyaan daripada seorang netizen yang mempersoalkan mengapa nama Musa ber’bin’kan namanya.

“Musa Mohammad Noh bin Abdullah,” kata vokalis kumpulan Hujan itu kepada seorang netizen dalam ruangan komen.

Tindakannya berkongsi nama penuh anak angkatnya dan ibu kandung Musa menerusi sebuah hantaran Instagram itu seterusnya turut dipertikai ramai kerana dikatakan tidak sensitif.

Noh Salleh Pesan- “Lepas Kerja Jom Lepak”. Tapi Apa Kaitan Dengan Reno14?

Meskipun diasak kecaman, Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu tidak memadam komen tersebut.

Sejak minggu lalu, drama perebutan anak antara Noh dan bekas isterinya, Mizz Nina mencuri tumpuan ramai apabila Musa didakwa diambil oleh Noh tanpa kebenaran.

Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman, serta ibu kandung Musa dikenali sebagai Athira turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Noh yang mendedahkan wajah anak kecil itu secara terbuka dalam media sosial.

Dalam masa sama, Nina juga menjelaskan Noh sudah hilang hak penjagaan terhadap Musa selepas mereka bercerai pada Ogos 2022.

Rentetan daripada itu, Noh seterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial kerana mendedahkan wajah Musa dan menjelaskan tidak mengetahui perjanjian antara Mizz Nina dengan Athira.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina pada Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos 2022 lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
mizz ninaNoh Salleh
https://lomp.at/sbu45
Share47Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem