Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Aisar Khaled Mohon Maaf Selepas Dikecam Buat ‘Content’ Lawat Pusara Siti Sarah

Aisar akhirnya memadam video berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka.

by Khai Azfar
August 11, 2021
108
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon yang juga personaliti media sosial, Aisar Khaled menerima pelbagai kecaman serta menimbulkan amarah orang ramai gara-gara memuat naik satu hantaran video melawat pusara penyanyi terkenal,Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Aisar Tidak Jaga Sensitiviti

Video yang dikongsi di laman YouTube itu disifatkan orang ramai sebagai tindakan yang tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarhamah Sarah apabila Aisar dikatakan turut menawarkan wang wang tunai bernilai RM100 kepada pemenang bertuah.

Dalam video itu, kelihatan Aisar meluru ke arah pagar pusara penyanyi itu disemadikan dan kemudian berpatah balik berjalan ke keretanya semula.

Mohon Maaf 

Setelah menerima pelbagai kecaman,Aisar akhirnya memadam video berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Aisar akui akan kekhilafannya dan beranggapan bahawa dirinya tidak berfikiran panjang mengenainya. Jelasnya, dia tidak lagi akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

“Saya telah pun padam video tersebut. Saya minta maaf sangat atas keluarga arwah serta tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video tersebut.

“Oleh hal demikian, saya tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Minta Maaf lagi sekali, sedar kesilapan saya,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Aisar pernah dikecam berikutan memakai baju yang ketat ketika menerima suntikan vaksin, COVID-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aisar Khaledsiti sarah meninggal dunia
https://lomp.at/e8blf
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem