Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

6 Selebriti Hollywood Bergaduh Dengan Netizen, Zayn Malik Dicop Sebagai Gay

by Soph Azz
August 11, 2021
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kamu nak tahu, selebriti Hollywood merupakan individu yang mudah hilang sabar dan diprovokasi dengan emosi. Sampaikan ada beberapa selebriti ini bertengkar dengan netizen termasuklah peminat sendiri.

Kamu nak tahu selebriti manakah yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan orang awam? Jom baca di bawah!

Zayn Malik

Zayn Malik pernah terlibat dalam pergaduhan di sebuah kelab malam iaitu Amsterdam Billiards Club di East Village, New York pada awal Jun tahun ini. Zayn pada ketika itu keluar merokok tanpa memakai baju pada pukul 2 pagi.

Salah seorang daripada sekumpulan lelaki yang keluar dari kelab malam tersebut telah memprovokasi Zayn dengan memanggilnya sebagai gay. Zayn kemudiannya mengamuk dan bergaduh mulut dengan individu tersebut tetapi tiada sebarang pergaduhan fizikal. Dan pihak polis tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

Shia LaBeouf

Memang terkenal dengan sikap agresifnya, Shia pernah bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah bar di London pada tahun 2014. Ketika itu, saksi mendengar Shia menjerit membela diri ketika lelaki itu menganiaya ibu kekasihnya. Tak tahan dengan penghinaan tersebut, Shia memukul lelaki itu sehingga dia dihalau keluar dari bar tersebut.

Foto – The Wrap

Lindsay Lohan 

Disebabkan bertengkar di sebuah bar di New York City, Lindsay Lohan telah dimasukkan ke dalam penjara. Tetapi dia dibebaskan semula setelah tuduhan terhadapnya dibatalkan kerana saksi enggan bekerjasama dengan pihak polis.

Foto – Digital Spy

Kim Kardashian 

Bagi Kim Kardashian pula, dia pernah ditumpahkan minuman ke atasnya oleh seorang wanita di Juliet’s Supper Club di New York City pada tahun 2010. Kejadian itu terjadi apabila teman lelaki wanita tersebut meminta untuk bergambar dengan Kim.

Ketika itu, Kim ditemani oleh ahli keluarganya dan dia dipertahankan oleh Scott. Tetapi Scott menjadi sangat marah sehinggakan dia diusir keluar dari bar tersebut.

Miranda Lambert 

Sering terlibat dalam skandal, Miranda pernah bertengkar di sebuah restoran stik, Nashville pada tahun 2019. Pertengkaran ini berlaku apabila satu pasangan bertengkar dengan rakan Miranda. Tidak boleh menerima perkara tersebut, Miranda menumpahkan salad di atas wanita pasangan itu.

Foto – Hollywood Life

Sharon Osbourne 

Pada tahun 2003, Sharon pernah bertengkar di sebuah restoran di West Hollywood. Tanpa mengetahui sebab sebenar, pihak polis terlibat dalam pergaduhan tersebut untuk meleraikannya. Untuk makluman, wanita yang bertengkar dengan Sharon mengalami cedera di rahang, gigi dan leher.

Foto – Billboard

Boleh tahan ye kalau selebriti Hollywood bergaduh, sampaikan ada yang cedera parah. Memang menakutkan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: kim kardashianlindsay lohanMiranda Kerrsharon osbourneShia LaBeoufzayn malik
Share10Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen
Hollywood

Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

by Aphit J.
January 22, 2023
Anak Tunggal Elvis Presley Juga Bekas Isteri Michael Jackson Meninggal Dunia
Hollywood

Anak Tunggal Elvis Presley Juga Bekas Isteri Michael Jackson Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
January 13, 2023
Michelle Yeoh ‘Sound’ Pemain Piano Semasa Beri Ucapan Menang Golden Globe
Hollywood

Michelle Yeoh ‘Sound’ Pemain Piano Semasa Beri Ucapan Menang Golden Globe

by Phic ARMAN
January 12, 2023
Wow! 5 Selebriti Barat Ini Mendapat Bayaran Tertinggi Di Instagram Pada 2022
Hollywood

Wow! 5 Selebriti Barat Ini Mendapat Bayaran Tertinggi Di Instagram Pada 2022

by Aphit J.
January 1, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan