Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

5 Fakta Tentang Toy Thanapat, Pelakon Yang Tikam Kekasih 20 Kali Sampai Mati

by Soph Azz
August 13, 2021
Foto - @toytoyistoyy (Instagram)

Foto - @toytoyistoyy (Instagram)

198
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru-baru ini apabila seorang pelakon Thailand, Toy Thanapat telah ditangkap selepas menikam kekasihnya sebanyak 20 kali. Kejadian itu berlaku pada pagi Jumaat (6/8/2021) lalu di daerah Khlong Samwa, Bangkok.

Berita penangkapannya memang mengejutkan orang ramai. Bagi pembaca yang ingin tahu siapakah Toy Thanapat ini, jom baca 5 fakta tentangnya di bawah.

#1 Pernah Membintangi Siri Drama “Why R U?”

Nama pelakon ini meningkat dan semakin dikenali setelah membintangi siri drama “Why R U?” yang menceritakan tentang kisah 4 pemuda yang dihubungkan oleh fanfiction.

Foto – @toytoyistoyy (Instagram)

Ditayangkan pada 2020, Toy memegang watak Zen di samping beberapa pelakon hebat yang lain seperti Suppapong Udomkaewkanjana, Pruk Panich sehinggalah Karn Kritsana.

#2 Menjadi Pengacara Majlis 

Memiliki nama keluarga Thanachakulphisan membuatkan Toy juga menceburi bidang pengacaraan selain menjadi pelakon. Dia telah menyertai barisan pengacara yang mewakili Thailand di rancangan “Watching It In Japan: Season 4” pada tahun 2020 dan “Watching It In Senpai” pada tahun 2019.

Foto – @toytoyistoyy (Instagram)

#3 Mempunyai Ramai Peminat

Mempunyai peminat sebanyak 109K di Instagram, Toy sering berkongsi hantaran OOTD, gambar harian dan bersama rakan-rakannya. Sehari sebelum kematian kekasihnya, Toy telah memuat naik gambar selfie.

Foto – @toytoyistoyy (Instagram)

#4 Pandai Bermain Gitar 

Toy yang lahir di Chondori pada 27 Jun 2000 ini dikenali sebagai seorang jejaka yang pandai bermain gitar. Dia dikatakan sering menghiburkan peminatnya dengan bernyanyi sambil bermain gitar.

Foto – @toytoyistoyy (Instagram)

#5 Menikam Kekasih Sebanyak 20 Kali 

Toy didapati bersalah dan ditangkap oleh pihak polis setelah menikam kekasihnya sebanyak 20 kali sehingga mati. Pasangan itu dikatakan telah bergaduh sebelum pembunuhan itu berlaku. Alasannya membunuh kekasihnya itu gara-gara cemburu buta.

Foto – @toytoyistoyy (Instagram) / @pimchatsa (Instagram)

Menurut sumber, polis telah menemui sebilah pisau yang berlumuran darah di kediaman mereka. Pelakon itu didakwa panik ketika dihubungi oleh pihak berkuasa.

Jadi itulah fakta menarik tentang Toy Thanapat, pelakon lelaki yang menikam kekasihnya sehingga mati.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
chatsaran sunwannakittoy thanapat
https://lomp.at/fe6o5
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem