Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Naim Daniel Pesan Jangan Taksub Dengan Ahli Politik, Ada Yang Tak Setuju?

by Puteri Alia
August 16, 2021
Foto - Cinema Online

Foto - Cinema Online

21
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di laman Twitter Naim Daniel baru ini yang berkongsikan pandangannya, mengenai kemelut politik yang sedang  bergolak dalam negara pada ketika ini.

Naim Daniel Pesan Agar Rakyat Tak Terlalu Taksub Dengan Ahli Politk

Dipetik dari laman Twitter penyanyi ini, Naim menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan mana-mana ahli politik apatah lagi ahli politik yang datang terus bersilih ganti.

Foto – Twitter/Instagram @naimdanielx

“Senang nak bagi pendapat sekalipun, bercakaplah dari sisi rakyat.

Dari situ kita akan belajar empati. Ahli politik akan terus bersilih ganti, jangan taksub dengan mana-mana mereka.

Kerajaan mahupun pembangkang. Yang baik terima, buruk kita tegur. Berdiri dengan rakyat.” Ciapnya

Ada Yang Setuju Dengan Tweet Naim Dan Ada Yang Sebaliknya

Tweet yang dikongsikan penyanyi tersebut menarik perhatian ramai warganet di Twitter, rata-rata ramai juga yang sehaluan dengan pandangan penyanyi muda tersebut.

“Anda berfikiran matang. Ahli politik datang dan pergi. Kita mesti memilih mereka yang benar berkhidmat untuk kita. Bukannya yang jenis 5 tahun sekali baru nampak muka, komen di media entah apa-apa” ciap pengguna pertama

“Kau memang mantap bro, harap kekalkan bersuara demi rakyat lain. Bukan tiba-tiba emo nangis ratap hiba ahli politik di media sosial” ciap pengguna kedua

Foto – Twitter

“Mentaliti, tahap pendidikan dan pengalaman yang membezakan pandangan seseorang itu. Jadilah Rakyat Yang Maju” ciap pengguna ketiga

“Saya tak taksub parti atau pemimpin lagi dah” ciap pengguna keempat

“Naim ni kalau satu hari bertanding jadi wakil rakyat, aku undi dia” ciap pengguna kelima

Dalam ramai-ramai yang setuju dengan pandangan Naim, ada juga yang meluahkan pandangan yang sebalik bagi menyangkal apa yang di Tweet oleh Naim.

“Kau pun kena adil bandingkan 4,371,481 orang meninggal angkara Covid satu dunia. Kira WHO gagal urus Covid-19?

Malaysia nombor 108 kadar populasi kematian, sebab Covid ikut populasi. Habis 107 negara lagi nak cakap apa. Kerajaan gagal juga?” ciap pengguna pertama

Foto – Twitter

“Ya lah dik. Cakap senanglah, cuba isi jawatan tu susah ke tak. Penyakit ni kita dengan tuhan. bukan bergantung pada manusia” ciap pengguna kedua

“Jika ditutup semua sektor, kerajaan akan disalahkan. Jika buka, kerajaan juga disalahkan. Senang cerita susah nak puaskan hati orang” ciap pengguna ketiga

Selain itu, ada juga warganet mempertikaikan jika betul ahli politik peduli, kisah dan ingin selesaikan pandemik, mereka tidak akan bertelagah drama politik pada masa getir ini.

“Kalau puak politik ni betul-betul nak selesaikan pandemik ni, mereka tak akan bercakaran. Rakyat sedang lihat UMNO menggelupor nak dapat kuasa, bukan pasal Covid-19 pun hanat” ciap pengguna empat

Foto – Twitter

“Tapi bang sekarang ni nampaknya bukan #rakyatjagarakyat dah. Lebih kepada #rakyatjagaanwar dah sekarang ni. Kemarin kemain lawan untuk rakyat, tumbangkan kerajaan.

Tup..tup harini bila dengar PM nak letak jawatan, ramai-ramai nak naikkan Anwar. Lawak!” ciap pengguna kelima

Siapa anda rasa, mampu meneraju negara dalam keadaan pandemik dengan masalah ekonomi ketika dengan telus ini?

Peminat Masih Percaya Naim Daniel Tidak Bersalah!
Malaysianaim danielpolitik
https://lomp.at/h5171
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem