Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Kata Ada Plan Sendiri?” – Netizen Terkejut Issey Sertai Gegar

Issey kini bersiaran di stesen radio Gegar menerusi segmen 'Gegar Pagi bersama Shah dan Issey’

by Khai Azfar
August 17, 2021
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak Issey Fazlisham membuat kejutan pada Isnin apabila kembali sebagai penyampai radio. Bergandingan bersama Shah Muhammad, Issey kini bersiaran di stesen radio Gegar menerusi segmen ‘Gegar Pagi bersama Shah dan Issey’, setiap Ahad hingga Khamis bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Netizen Terkejut

Pelbagai persepsi telah diberikan oleh netizen mengenai Issey kembali sebagai penyampai radio setelah berundur daripada Suria FM pada 16 Julai lalu termasuk mempersoalkan perancangan kerjayanya seperti yang diumumkannya sebelum ini.

“Bisnes ini ke yang Issey cakap itu lepas keluar dari Suria?”

“Ingat keluar dari Suria tak berkecimpung dengan DJ dah. Kata ada plan sendiri, ternyata ini plan dia” komen mereka

Bagaimanapun, rata-rata pendengar stesen radio pilihan ramai Pantai Timur itu menyambut baik kemunculan Issey sebagai penyampai radio Gegar.  Malah, mereka turut menyifatkan pemilihan jejaka kelahiran Kelantan yang berjiwa besar dalam seni persembahan dikir barat dan adat budaya Melayu itu sebagai calon yang tepat.

Segmen Baharu Gegar 

Mengenai ‘kehilangan’ Mek Zura pula yang sebelum ini bergandingan bersama Shah, penyampai radio ini akan mengendalikan segmen ‘Gegar 10-3’setiap Ahad hingga Khamis, dari 10 pagi hingga 3 petang.

Mek Zura akan membawa pengisian baharu termasuk perbincangan topik-topik berkaitan wanita,tips keibuan, berkongsi resepi masakan, dan sebagainya.

Di segmen ‘Gegar Malam’ pula, para peminat kini akan ditemani oleh Scha Musa,setiap Ahad hingga Khamis, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, menghiburkan peminat dengan pengisian baharu seperti Lagu Oversea,Busker Malam, Kelas Malam dan Game Apa Malam Ini?

Para peminat Gegar boleh terus berhibur dengan segmen ‘Gegar Petang’, bersama Ewan dan DJ Nazz, setiap Ahad hingga Khamis, 3 petang hingga 7 malam, yang mempersembahkan gandingan unik dengan pengisian yang menarik perhatian ramai peminat seperti Buletin Pantai Timur, Sembang Petang, DJ Nazz Rungkai dan banyak lagi.

Pelawak Popular Meriahkan “Dapur Pecah Perut” Di RTM
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gegarIssey
https://lomp.at/a005z
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem