Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Ahli Parlimen Pilih Dan Calonkan PM Ke-9 Guna WhatsApp, Seriuslah?!

by Sofie Azizlan
August 17, 2021
Ahli Parlimen Pilih Dan Calonkan PM Ke-9 Guna WhatsApp, Seriuslah?!

Foto - Forbes

Share on Facebook

Seperti yang tular di media sosial Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengeluarkan notis kepada semua ahli Parlimen. Menerusi notis itu, Speaker meminta setiap ahli untuk menghantar surat akuan iaitu satu nama calon Perdana Menteri (PM) ke-9.

Calonkan Melalui 3 Kaedah Termasuk WhatsApp?

Setiap ahli Parlimen diminta untuk menghantar surat akuan tersebut dengan segera pada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum 4 petang esok (18/7/2021).

Foto – Twitter

Tambah Speaker, dia meminta ahli Parlimen untuk tidak menghantar surat akuan secara fizikal. Malah mereka perlu serahkan melalui 3 kaedah iaitu faks, e-mel dan WhatsApp.

Foto – Astro Awani

Untuk pengetahuan kamu dalam surat akuan tersebut, setiap ahli Parlimen perlu mengenal pasti dengan jelas siapakah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai PM ke-9.

Netizen Beri Reaksi 

Melihatkan WhatsApp digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menghantar surat akuan dalam pemilihan PM, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai jenis reaksi.

Ada yang menyatakan YDPA ingin melantik PM ke-9 dengan segera untuk menyelesaikan ‘masalah’ pandemik.

IKLAN

Foto – Twitter

Malah ada juga yang bertanya bagaimana proses pemilihan ini dijalankan dengan telus.

Foto – Twitter

“Macam melantik ketua kelas.”

“Ini macam nak pilih siapa yang tersingkir dalam Suvivor series. Pilih PM ni macam realiti tv ke?”

Foto – Twitter

Ada juga yang berharap agar YDPA dan ahli Parlimen memilih calon yang sesuai dan terbaik untuk menjadi PM Malaysia yang ke-9.

Foto – Twitter

Apa-apa pun mari kita berharap agar calon PM seterusnya dapat berlaku adil dan telus dalam melakukan urusan negara terutamanya situasi pandemik sekarang.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: datuk azhar azizan harunYang di-Pertuan Agong
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Dah Viral Baru Repair? Wanita Berkerusi Roda Di Stesen KTM Seremban Kecewa Lif Selalu Rosak
Budaya

Dah Viral Baru Repair? Wanita Berkerusi Roda Di Stesen KTM Seremban Kecewa Lif Selalu Rosak

by Zaidin Albert
June 28, 2022

Usaha sepasukan sekumpulan pegawai polis bantuan membawa seorang wanita di atas kerusi roda menuruni tangga di stesen KTM menerima pujian...

Read more
IKEA Mohon Pelanggan Berhenti Guna Pembuat Espreso METALLISK?
Malaysia

IKEA Mohon Pelanggan Berhenti Guna Pembuat Espreso METALLISK?

by Phic Arman
June 8, 2022

IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pembuat espreso METALLISK untuk hob 0.4 l dengan injap keselamatan keluli tahan karat, cap...

Read more
Rina Harun Titip Harapan Kes Bella Dapat Keadilan, Netizen Ini Mahu Bongkar Kebenaran?
Malaysia

Rina Harun Titip Harapan Kes Bella Dapat Keadilan, Netizen Ini Mahu Bongkar Kebenaran?

by Naddy Joe
May 31, 2022

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengeluarkan kenyataan di media sosial menitipkan harapan agar...

Read more
Jom Saksikan Naz Rahman Menjadi Hos “Seni Untuk Semua” Di TV1
Budaya

Jom Saksikan Naz Rahman Menjadi Hos “Seni Untuk Semua” Di TV1

by Aphit J.
May 21, 2022

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengeluarkan satu program “Seni Untuk Semua” yang sedang bersiaran setiap Ahad, jam 4.30 petang di TV1...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  2. 2

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera