Tular di India di mana seorang lelaki berasal dari Chennai mengakui sudah menjalinkan hubungan dengan lebih 335 orang wanita sejak tahun 2015 lagi.
Bertukar Pasangan hanya Untuk Sebarkan Hak Wanita?
Dipetik dari Brilio, lelaki yang dikenali sebagai Sunder Ramu ini menyatakan dirinya dibesarkan dalam keluarga yang menghormati kaum wanita dan membesar dalam persekitaran yang tiada diskriminasi terhadap wanita.
Tetapi setelah melangkah ke dunia sebenar, Sunder menyatakan bahawa dirinya sangat terkejut dengan perbezaan serta diskriminasi jantina di India.
Lalu dengan menjalinkan hubungan dengan ramai wanita lain. Sunder berharap sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang hak wanita melalui hubungan yang dijalinnya.
Dalam Tempoh 5 Tahun, Jalin Lebih 335 Wanita
Sunder yang juga merupakan seorang penari dan juga pelakon menyatakan sejak tahun 2015 lalu, dirinya telah menjalin hubungan lebih 335 orang wanita dan ada juga wanita dari luar negara seperti warga Vietnam, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Sri Lanka.
Wanita Yang Perlu Keluar Wang Untuk Dating?
Menariknya untuk menjalinkan hubungan dengan Sunder, kaum wanita haruslah memasak untuknya dan perlu membayar wang.
Sunder menyatakan wang yang diperolehi digunakan bagi tujuan amal dengan memberi makan kepada yang memerlukan.
Pelik pula cara lelaki ini untuk sebarkan hak wanita.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.