Aktres Bollywood yang berusia 40 tahun, Kareena Kapoor mendedahkan bahawa beliau tidak mahu kedua-dua anaknya Taimur Ali Khan, dan Jehangir Ali Khan untuk menjadi bintang filem apabila mereka sudah menginjak dewasa.
Mahu Taimur & Jehangir Jadi Lelaki Budiman
Dipetik dari Hindustan Times, Kareena berkata bahawa beliau mahu kedua-dua anak menjadi lelaki yang baik. Malah dia menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh anak-anaknya.
“Saya mahu kedua-dua anak lelaki saya menjadi budian, saya mahu orang mengatakan bahawa mereka baik hati dan saya akan menganggap tugas saya telah dilakukan dengan baik”- jelas isteri Saif Ali Khan ini
Gembira Jika Anak Mahu Lakukan Perkara Lain
Kareena menambah, beliau akan gembira sekiranya anak-anak mereka ingin melakukan perkara lain selain menjadi bintang filem.
“Saya tidak mahu mereka menjadi bintang filem. Saya akan gembira jika mereka datang dan beritahu saya bahawa mereka mahu lakukan perkara lain..mendaki Gunung Everest mungkin.. jika itu adalah pilihannya. Saya mahu berdiri teguh dan menyokong anak-anak saya.”- tambah Kareena
Tak Mahu Jadi Ibu Yang Keterlaluan
Pelakon ini turut menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menjadi seorang ibu yang keterlaluan, dan mahu anaknya jatuh dan belajar perbaiki kesilapan.
“Saya mahu mereka jatuh dan belajar kerana itulah cara ibu saya mengajar saya. Ibu saya seperti, lakukan apa yang awak mahukan, lakukan kesilapan dan kemudian belajar untuk perbaikinya, kerana itulah caranya berfungsi. Jadi begitulah cara saya mendidik kedua-dua anak lelaki saya.
Jehangir, sudah tentu masih kecil, tetapi Taimur sekarang lebih sedar. Saya lihat jika dia melakukan sesuatu yang salah, dia perlu selesaikan kesilapan itu. Itulah satu-satunya cara mereka belajar.”- kongsinya lagi
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.