Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Dah Sedia Ke Nak Dine-In?”- Diana Danielle Hairan Tiada Siapa Periksa Untuk Masuk Kedai

by Mas Ayu
August 20, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

35
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik aktres Diana Danielle, yang bertanya kepada warganet sama ada sudah bersediakah untuk mula makan di kedai makan bagi yang sudah lengkap divaksinasi di laman Twitternya semalam.

Diana Danielle Persoal Dine-In Hanya Untuk Individu Lengkap Vaksinasi

Aktres jelita ini juga berkongsi pengalamannya yang memasuki sebuah kedai, di mana peniaga kedai tersebut tidak memeriksa dirinya sama ada sudah divaksin penuh atau tidak.

Apatah lagi, banyak perniagaan semakin terdesak dan pastinya sukar untuk para peniaga untuk tidak menerima pelanggan yang datang ke premis mereka.

Foto – Twitter/Instagram Diana Danielle

“Dine in hanya untuk yang sudah divaksinasi? Jap, haritu saya masuk kedai kan, tiada siapa periksa untuk lihat jika saya dah lengkap divaksinasi.

Dengan perniagaan semakin terdesak, saya tak rasa mereka akan periksa atau menolak pelanggan. Bersedia ke untuk dine in? Semoga berjaya.” Ciapnya

Netizen Tak Sanggup Ambil Risiko Makan Di Kedai Makan

Tweet Diana Danielle mendapat perhatian warganet, dan rata-rata ramai yang berkongsi bahawa mereka sendiri tidak mahu mengambil risiko makan di kedai dengan jumlah jangkitan kes semakin hari semakin meninggi.

Foto – Twitter

“Menakutkan laaa”

“Tidak”

“Terima kasih untuk makan di kedai, tetapi tidak. Terlalu berisiko”

“Tidak terima kasih. Saya tidak akan merisikokan nyawa saya dan orang yang saya sayang untuk ini. Tidak untuk saya”

Selain itu, ada juga warganet berkongsi mengalami situasi yang sama seperti Diana Danielle di mana ada peniaga yang tidak memeriksa sama ada pelanggan mereka sudah di vaksin atau tidak.

“Ya Allah, saya pun terfikir benda yang sama!!! Punya la lama dia orang terkesan, pelanggan tak boleh makan di kedai. Masa dah boleh ni memang dia orang pejam sebelah mata jelah lengkap ke tak”

“Kan.. Macam mana kita nak pastikan SOP peniaga makanan”

Foto – Twitter

“Ya ini benar. Suami saya sudah lengkap divaksinasi hari ini perg ke kedai gunting rambut, dan tukang gunting rambut tersebut tidak bertanya sijil digital dia apatah lagi nak periksa tarikh vaksinasi. Cuba bayangkan sudah berapa ramai yang tukang gunting dah bagi orang masuk ke kedai semenjak hari Isnin?”

“Seorang dua boleh lah lagi pemilik kedai tu nak periksa. Kalau dah ramai-ramai tak terperiksa juga rasanya”

“Kan. Haritu saya masuk pasar raya pun dia orang tak periksa pun cuma periksa ‘check in’ je”

Apa pandangan anda, sanggup nak makan di kedai pada waktu ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: diana danielleDine-Inkedai makanrestoranSOPvaksin
Share14Tweet9SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan