Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jangan Guna Porno Sebagai Rujukan”- Alicia Amin Bercakap Tentang Dara & Seks

by Soph Azz
August 25, 2021
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang kita tahu, pelakon dan model Alicia Amin sering berinteraksi dengan peminatnya di Instagram. Yang menarik perhatian Murai MY ketika membaca soal jawabnya adalah pandangannya berkaitan dengan seks dan dara. Jom baca perkongsian matang daripada Alicia di bawah.

“Salahkah Hilang Dara Ketika Remaja?”- Peminat

Ketika ditanya mengenai dara, Alicia mendedahkan ‘dara’ ini adalah konstruk sosial. Iaitu sesuatu yang tidak wujud dalam realiti objektif tetapi akibat interaksi di antara manusia.

Foto – @hangriii (Instagram)

“Dara adalah konstruk sosial. Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan oleh seks adalah persetujuan dan perlindungan mesti digunakan. Ini 2021, anda boleh Google mengenai pengalaman seksual yang sihat”, jelasnya.

Untuk pengetahuan kamu, dara ini boleh ‘hilang’ disebabkan oleh aktiviti harian dan juga perhubungan seksual. Menurut Alica, penggunaan perlindungan dan persetujuan dua pihak dalam perhubungan seksual sangat penting.

Elak Pornografi 

Akui model terkenal ini, dia menyarankan orang ramai untuk mengelak daripada gunakan pornografi sebagai rujukan dalam perhubungan seksual. Ujarnya, setiap individu perlu bersedia dan setuju untuk melakukannya tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Foto – @hangriii (Instagram)

“Jangan gunakan pornografi sebagai rujukan. Normal bagi remaja untuk mempunyai hormon yang ‘mengamuk’ dan ingin tahu tetapi pastikan itu yang anda mahukan dan bukan orang lain yang menekan anda.

Anda harus berasa selamat untuk mengatakan bahawa anda sudah bersedia atau tidak sebagai permulaan kepada seks”, kongsi Alicia.

Seks Bukan Cinta 

Alicia juga berkongsi bahawa perhubungan seksual ini bukanlah tiket percintaan. Malah ianya adalah salah satu kepercayaan dan memerlukan perbincangan yang serius tentangnya.

“Seks bukan cinta. Jadi jangan melakukannya hanya kerana seseorang ‘berjanji akan mencintaimu’ selepas itu. Jika anda tidak dapat melakukan perbincangan serius mengenai seks, anda tidak boleh melakukannya.”- Alicia Amin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
alicia amin
https://lomp.at/cj15j
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem