Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Warner Music Malaysia Jawab Dakwaan Amir Hasan Songlap Duit Andi Bernadee

Pengguna di laman TikTok telah menuduh Amir sebagai individu yang telah mencuri duit Andi.

by Khai Azfar
August 26, 2021
127
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan mengenai kes penyanyi Andi Bernadee mendakwa bahawa dirinya telah dianayai oleh rakan baik sehingga membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit, pihak pengurusan Andi, Warner Music Malaysia menafikan bahawa penyanyi Amir Hasan merupakan individu yang dimaksudkan oleh Andi.

Amir Tidak Terlibat! 

Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, Warner yang juga label pengurusan Amir telah menyatakan bahawa pelantun iShy itu sama sekali tidak terlibat dalam kes Andi.

“Kami di Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee dan juga Amir Hasan ingin menyatakan bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ‘Songlap Duit’ yang telah dilaporkan oleh Andi Bernadee semalam” jelas kenyataan tersebut

Pengguna Tiktok Fitnah Amir 

Difahamkan, tuduhan tersebut bermula apabila seorang pengguna di laman TikTok telah menuduh Amir sebagai individu yang telah mencuri duit Andi. Susulan itu, akaun Instagram Amir mula dibanjiri dengan komen kecaman daripada netizen.

“Kes tuduhan terhadap Amir Hasan ini mula tular di TikTok apabila seorang pengguna TikTok telah menuduh Amir Hasan sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi dan akaun Instagram Amir (LINK) telah di serang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh sebilangan netizen” tambah Warner

Pada Rabu, media melaporkan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 29 telah membuat laporan polis terhadap teman rapatnya atas dakwaan melakukan fitnah dan pecah amanah membabitkan kerugian hampir RM70,000.

“Tidak disangka, insan yang saya percaya dan bawa ke dalam industri seni, malah pernah mengerjakan umrah bersama, sanggup kacau periuk nasi, memalukan dan memfitnah saya kepada syarikat produksi.

“Wang itu hasil titik peluh untuk dua tugasan sepanjang tahun ini. Saya tidak merasa langsung bayaran itu,” katanya kepada kepada media

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran di laman Insta-story nya, Andi turut menjelaskan bahawa segala perihal mengenai kerjaya dirinya hanya perlu berurusan dengan pengurus, Nasir Deraman dan Warner Music Malaysia selaku label pengurusan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER amir hasanandi bernadeeWarner Music Malaysia
Share51Tweet32SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Digelar Poyo Kerana Berhenti Buat Persembahan, Netizen Tampil ‘Back Up’ Andi Bernadee

by Aphit J.
September 18, 2022
Lokal

Hasil Komposer Amerika Syarikat! Andi Bernadee Hadir Dengan ‘Aku Di Sini’

by Aphit J.
August 27, 2022
Lokal

“Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

by Aphit J.
August 13, 2022
Foto - Instagram @bellaastilla/@shihazikir
Lokal

Peminat Kecewa Episod Akhir ‘Perisik Cinta Tak Diundang’ Tak Seperti Yang Dibayangkan

by Puteri Alia
October 7, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan