Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Viral! Kisah Cinta Wanita Turki Yang Setelah Berkahwin Dengan Tukang Sapu Indonesia

by Amirul Fikry
August 28, 2021
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Beginilah kisah cinta seorang wanita Turki yang tinggal di Austria menjadi viral di YouTube pada Mei 2020 dek kerana dia yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai Pekerja Pengendalian Kemudahan Dan Prasarana Awam (PPSU) untuk DKI. Wanita yang bernama Romansa Arzum ini telah berkahwin dengan tukang cuci (DKI) Jakarta yang bernama Bambang Irawan atau lebih senang dikenali sebagai Awanzha atau Awan.

Menurut sumber, Arzum memberitahu bahawa dia dan Awan berkenalan melalui aplikasi karaoke Smule  dan mereka berkahwin pada tahun 2019. Arzum adalah orang pertama yang mengundang Bambang atau Awan untuk berkenalan dan dia juga mengakui bahawa dia telah jatuh cinta dengan Awan sejak mereka sering berduet di Smule. Arzum bahkan sanggup terbang dari Austria ke Indonesia hanya untuk bertemu dengan kekasihnya itu.

Arzum mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya yang terdahulu yang bernama Melodi Putri. Menurut Arzum, sejak berumur 11 tahun lagi dia telah belajar bahasa Indonesia melalui pelbagai platform seperti filem, lagu dan google.

via viralnesia.com

Menurut Arzum, tahun ini sepatutnya dia berpindah ke Indonesia dan tinggal bersama mentuanya di sana namun kerana pandemik dia tidak dapat meneruskan niatnya itu. Melalui kandungan YouTubenya yang berjudul ‘Berita Buruk Buat Saya’ , dia merasakan bahawa apa yang terjadi adalah sebagai berita yang buruk padanya. Dia juga tidak dapat menemui suaminya itu kerana masih belum menerima vaksin.

“Saya tidak tahu sampai bila orang luar yang ingin datang ke Indonesia harus menerima vaksin terlebih dahulu dan saya juga tidak mahu diberi vaksin, sekarang saya bingung apa yang harus saya lakukan. Bagaimana untuk saya dan suami dapat bersatu.” kata Arzum. Bagi Arzum ini adalah penderitaan terbesar buatnya.

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"

Awan juga ada mengatakan, “Jika kamu masih tidak menemui jalan keluar, kamu harus terlebih dahulu mendapatkan vaksin”

Arzum memberitahu bahawa kali terakhir dia dan suaminya berjumpa adalah pada bulan Ogos 2019. Setelah itu,  Arzum yang masih pasangan pengantin baru dengan Awan harus pulang ke Austria. Sekarang dia dan suaminya terpaksan menjalani LDR dan hanya berkomunikasi melalui panggilan video.

via winnetnews.com

“Saya sedih kerana tidak dapat pergi ke Indonesia untuk menemui suami saya, kami sudah 2 tahun berkahwin tetapi secara LDR. Kadang-kadang saya merasa seperti mahu menyerah,” kata Arzum.

Melihat Arzum yang gugup kerana tidak dapat pergi ke Indonesia, Awan juga berusaha untuk meyakinkan isterinya dan meminta agar isterinya itu tetap sabar semasa seluruh dunia  sedang dilanda wabak ini. Arzum mengatakan bahawa Awan juga sebenarnya merasakan hal yang sama. Kini suaminya itu harus berjimat sekiranya dia dapat bertemu dengan isterinya di Austria satu hari nanti.

“Reaksinya sama dengan saya, dia juga sebenarnya sangat sedih tetapi apa yang boleh mereka lakukan, kami hanya boleh berusaha sehingga nanti sempadan sudah dibuka dan mereka boleh bersatu semula.” kata Arzum lagi dengan nada yang sangat sedih.

arzumdanarwanViralwanitaturki
https://lomp.at/249gd
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Terselamat Kerana Duduk di Kerusi 11A: Kisah Ajaib Penyanyi Thailand Sama Seperti Mangsa Air India

by Aphit J.
June 15, 2025

Seorang penyanyi Thailand, Ruangsak Loychusak, berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengetahui satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas Air India baru-baru ini....

Read more
FAKTA

[VIDEO] “Kalau Tidur Nanti Tak Terhempas Ke?”- Ini Fakta Bilik Tidur Pilot Dalam Kapal Terbang Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, satu video yang memaparkan bilik tidur juruterbang dalam pesawat telah menjadi viral di media sosial. Dalam video tersebut,...

Read more
by Phic ARMAN
December 27, 2024
Dunia

Paris Perancis Kota Paling Kotor, Orang Asia Paling Ramai Terkena Sindrom Paris!

Sindrom merupakan satu tanda dan gejala perubatan yang berkaitan dengan satu sama lain dengan penyakit atau gangguan tertentu. Sindrom mempunyai...

Read more
by Amirul Fikry
August 13, 2024
Foto - @_nuslannnnn (TikTok) / Facebook
FAKTA

“Agak-Agak Puasa Kita Boleh Terbatal Ke Kalau Hidu Herba Terapi?”- Ini Jawapannya…

Bagi mereka yang sering alami masalah pernafasan seperti selesema dan resdung, Miss Murai tahu betapa sukarnya situasi ini jika tengah...

Read more
by Soph Azz
March 15, 2024
Foto - Town & Country Magazine
FAKTA

Berlangsung Selama 10 Hari, Ini Yang Patut Kamu Tahu Tentang Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei

Pada Ahad (7/1/2024) minggu ini menandakan bermulanya istiadat perkahwinan diraja Brunei; antara Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia (YM)...

Read more
by Soph Azz
January 9, 2024
FAKTA

Kenali Putera Frederik Pengganti Ratu Denmark Margrethe II, Pernah Dipanggil ‘Penguin’?

Rakyat Denmark terkejut pada Malam Tahun Baru dengan pengumuman bahawa Ratu Margrethe II akan mengundurkan diri. Dipetik dari The Guardian,...

Read more
by Phic ARMAN
January 1, 2024
Foto - Super Fest Film
FAKTA

4 Fakta Tentang Aktor “Parasite” Lee Sun Kyun Yang Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

 Rest in peace Lee Sun Kyun. Sekiranya kamu tidak tahu, aktor Korea Selatan iaitu Lee Sun Kyun yang terkenal dengan...

Read more
by Soph Azz
December 28, 2023
FAKTA

Bagaimana Ketayap Yahudi Boleh Melekat Dikepala? Ini Caranya!

Jika penganut agama Islam mempunyai songkok ataupun lebai dan lain-lain sebagai penutup kepala bagi lelaki ketika sembahyang, tidak kurang juga...

Read more
by Amirul Fikry
December 25, 2023
FAKTA

Mengapa Bas Sekolah Berwarna KUNING? Ini Sebabnya!

Perkidmatan bas Sekolah digunakan apabila, Pelajar tersebut tidak mempunyai kemudahan lain untuk ke sekolah dan berkemungkinan ibu bapa mereka tidak...

Read more
by Amirul Fikry
December 24, 2023
Foto - Celebs First
FAKTA

Doktor Kata 4 Tabiat Mat Salleh Ini Sebenarnya Tak ‘Cerdik’ & Tak Perlu Tiru

Tak dinafikan, ada segelintir daripada kita masih lagi menganggap gaya hidup mat salleh atau rakyat negara Barat jauh lebih baik...

Read more
by Soph Azz
December 14, 2023
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem