Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siti Nurhaliza Is Back! Beri ‘Teaser’ Lagu Merdeka Nafas Baharu

Lagu-lagu tersebut boleh diperdengarkan pada 31 Ogos 2021

by Khai Azfar
August 30, 2021
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram berkongsi perkembangan terbaharu selepas ‘hiatus’ daripada karier seni.

Kongsi ‘Teaser’ Lagu Merdeka Nafas Baharu 

Dalam sebuah video yang dimuatnaiknya, Siti berkongsi sedikit ‘teaser’ beberapa lagu bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia. Antaranya seperti lagu Warisan dan Tanggal 31 nyanyian asal penyanyi lagenda Allahyarham Sudirman yang telah diberi nafas baharu. Menurut Siti, kompilasi ini adalah karya terbaharunya sekembalinya dari melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa.

Sempena Hari Merdeka 64

Tambahnya lagi, lagu-lagu tersebut boleh diperdengarkan pada 31 Ogos 2021 yang didedikasikan Siti bersempena dengan sambutan Hari Merdeka yang ke-64 pada Selasa.

“Di sini lahirnya sebuah cinta….

“Berkobar menyebut, Malaysia! Bersemangat menyambut Merdeka!!

“Setelah lama berehat menyanyi, selepas melahirkan Muhammad Afwa, saya kongsikan alunan suara dalam semangat kemerdekaan negara kita ke-64.

“Nantikan di saluran youtube Siti Nurhaliza pada 31 Ogos 2021, pukul 12 tengahari” tulis Siti

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Siti meluahkan rasa teruja untuk mendengar versi penuh lagu-lagu tersebut selain turut menyifatkan ia sebagai pengubat rindu Siti buat mereka. Sekadar info, lagu Warisan merupakan ciptaan Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad.

Selain lagu tersebut, lagu lain ciptaan Syed Haron yang popular adalah Hujan dan Pulang di Hari Raya. Warisan telah dicipta oleh Allahyarham pada tahun 1980, namun dimuatkan dalam album Allahyarham Sudirman bertajuk Abadi, yang diterbitkan pada tahun 1982.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Seri Siti Nurhaliza
Share12Tweet7SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara