Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Wow! ‘Akak Polis’ Antara 20 Bakat Baharu Dalam Lagu Malaysia Ku Tercinta

Sebahagian besar daripada 20 orang penyanyi ini merupakan anggota 'frontliners'

by Khai Azfar
August 30, 2021
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Esok, 31 Ogos 2021 negara akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 64. Sempena dengan Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia yang  disambut dalam norma baharu tidak lama lagi, syarikat produksi muzik tempatan CTONE Studio mengambil inisiatif sendiri dengan menghasilkan sebuah projek khas dikenali sebagai Patriot Bangsa Malaysia.

Gabungan 6 Komposer 

Menerusi projek ini, sebuah lagu tribute yang diberi judul Malaysia Ku Tercinta ciptaan 6 komposer; Alif Azhari, Encik Mattao, Faisal Firdaus, Ezad Shazrul, Faliq Fauzi dan Safiza Afian berjaya menggabungkan 20 orang penyanyi baharu yang berbeza latar belakang kerjaya.

Menariknya lagi,sebahagian besar daripada 20 orang penyanyi ini juga merupakan anggota petugas barisan hadapan (frontliners) yang pelbagai selain pernah tular di media sosial dan menyertai program realiti di beberapa buah stesen televisyen tempatan.

View this post on Instagram

A post shared by Kajol Zuraidah (@kajolzuraidah)

Mereka terdiri daripada Adzham Adnan, Alif Azhari, Aniq Muhai, Dean, Jaria, Jaswan Abdullah, Jesyln Khoo, Aiman Sidek dan Encik Mattao. Turut terlibat memberi sokongan adalah peserta dari Kilat Idol 2019; Mohd Azad, Faisal Firdaus, Khai Sani, Lutfi Voice of Men, Ajude, Sinar Rahman, Norzie, Ebba Khan, Ieqa, Yura Reduan serta Kajol Zuraidah.

Mewakili mereka yang terlibat, menurut Alif Azhari dia berbesar hati apabila semua penyanyi ini sudi bekerjasama dan meluangkan masa apatah lagi ada diantaranya sibuk dengan kerja dan komitmen menjaga keselamatan negara dan kesihatan masyarakat.

“Patriot Bangsa Malaysia adalah nama sebuah projek inisiatif dari kami, CTONE Studio dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dalam menghasilkan karya seni muzik dalam bentuk audio video. Projek ini merupakan salah satu daripada Corporat Social Responsibility (CSR) produksi kami di mana bakat-bakat baharu akan diketengahkan dalam sebuah lagu yang bertemakan kenegaraan dan patriotism disamping menambah karya-karya terkini dalam industri muzik negara “ ujar Alif

Rakam Lagu Secara ‘Jauh’

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/08/PR-5.mp4

Kongsi Alif lagi yang juga merupakan komposer dan salah seorang penyanyi dalam lagu Malaysia Ku Tercinta, beliau akui berhadapan dengan cabaran berikutan lagu ini dirakam dan dihasilkan secara berasingan dengan setiap penyanyi tersebut menghantar audio nyanyian mereka sendiri. Namun, cabaran itu yang menjadi tarikan dalam projek Patriot Bangsa Malaysia sebelum para komposer bekerjasama menggabungkan kesemua suara menjadi sebuah lagu yang pasti akan menyuntik semangat patriotrisme para pendengar.

“Apa yang menjadi cabaran bagi produksi kami apabila lagu ini dirakamkan dari kediaman dan tempat pekerjaan masing-masing menggunakan peranti peribadi atas sebab kekangan mobiliti. Walaubagaimanapun, atas komitmen dan kerjasama semua peserta dan pihak produksi, kami semua dapat menghasilkan sebuah lagu patriotik baharu untuk diabadikan dalam industri muzik walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pesanan kami sebagai produksi, komposer dan penulis lagu untuk semua pendengar, semoga lagu ini memberi suntikan semangat untuk rakyat Malaysia dan menjadi harapan untuk menempuh satu era yang lebih sihat dan positif. Moga terus tabah dan kuat dalam mengharungi pandemik yang kian berleluasa. Jaga SOP, Kita jaga kita, sayangi Malaysia ku tercinta” tambah Alif

Lagu Malaysia Ku Tercinta terbitan CTONE Studio dengan kerjasama MY Music Lab Records, Pondok Rahmat Project, Badan Amal Darul Mustafa dan MY Cyber Studios kini boleh dilayari di laman YouTube CTONE Studio Channel bermula pada 28 Ogos 2021.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Lagu merdekapenyanyi baharu
https://lomp.at/xqltn
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem