Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Rayuan Pingat Emas Ziyad Ditolak, Timbalan Menteri Belia & Sukan Dedah Sebabnya!

Keadaan cuaca ketika itu yang hujan antara punca mengapa beliau terlewat

by Khai Azfar
September 1, 2021
188
KONGSIAN
Share on Facebook

Awal pagi ini, media melaporkan keputusan rayuan atlet lontar peluru negara paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli telah ditolak setelah kemenangannya menerusi acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) dibatalkan, berikutan mendapat protes daripada Ukraine.

Dilabel Sebagai DNS

Difahamkan,protes itu dibuat setelah atlet kebanggaan negara itu berikutan isu kelewatan masuk ke “call room” (bilik menunggu) sebelum pertandingan bermula. Menerusi sebuah kenyataan di laman Facebook, Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker mendedahkan kronologi bagaimana isu kelewatan tersebut telah membuatkan penyertaan Ziyad terbatal.

Selain Ziyad, dua lagi atlet masing-masing dari Ecuador dan Australia juga terbatal dan diklasifikasikan sebagai DNS (Did Not Start) biarpun Ziyad sendiri telah memecahkan rekod dunia acara tersebut. Menurut Lian Ker, kelewatan berlaku berikutan ketiga-tiga atlet tersebut masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke pusat panggilan ketika masa panggilan dinyatakan.

Cuaca Antara Faktor Lewat 

Keadaan cuaca ketika itu yang hujan selain kawasan tersebut dipenuhi dengan atlet-atlet lain daripada pelbagai acara membuatkan mereka sukar untuk tiba pada masa yang ditetapkan sekaligus didakwa lewat melaporkan diri.

“Kronologi kejadian tersebut terjadi adalah kerana kelewatan yang didakwa berlaku apabila ketiga-tiga atlit masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke pusat panggilan tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

“Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan tersebut yang agak padat dengan atlit-atlit dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlit tersebut telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan dan pada ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri” tulis Lian Ker

Difahamkan, Ketua kontinjen Malaysia akan meneruskan rayuan ke Mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen bagaimanapun bantahan ini hanya boleh dilakukan selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir. Terima kasih Ziyad kerana telah mengharumkan nama negara, anda tetap wira bagi kami!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Atlet ParalimpikZiyad Zolkefli
Share75Tweet47SendShare

KINI TRENDING

Sukan

Dari Messi Ke Yamal, Ini 5 Wajah Yang Akan Menggegarkan Piala Dunia 2026

by Phic ARMAN
June 11, 2026

Setiap kali Piala Dunia berlangsung, pasti ada pemain-pemain tertentu yang menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh dunia. Ada yang mahu...

Read moreDetails
Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara