Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Perlukan Rehat Secukupnya

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan doa buat Aishah

by Khai Azfar
September 2, 2021
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada Isnin yang lalu, penyanyi popular Aishah berkongsi berita mengejutkan apabila dirinya telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19 dan kini ditempatkan di Hospital Ampang, Selangor.

Paras Oksigen Turun 88 Peratus 

Menerusi laman Instagram nya, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,56 berkesempatan untuk berkongsi mengenai perkembangan kesihatan dirinya. Jelas Aishah, dia akui berasa bimbang setelah melihat pesakit lain dibawa untuk proses intubasi(ditidurkan). Malah, lebih merisaukan paras oksigennya juga telah turun mendadak sehingga 88 peratus berikutan membuka sementara topeng oksigen nya ketika ingin ke tandas.

“Ya Allah mental tak kuat harini, bila melihat patient depan I dibawa naik untuk diintubate. Pagi tadi Oksigen level i 98 peratus.

“Mereka cuba nak buka oksigen tetapi bila ke tandas dan balik semula ke katil Oksigen level terus turun mendadak ke 88 peratus, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95 peratus,”

“Ya Allah teman-teman tolong doakan I tak sampai ke situ (intubasi). I takut, I masih banyak tanggungjawab pada family yang belum selesai, anak-anak I banyak lagi hal yang tak selesai.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan…Ampunkan dosa-dosa I sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” tulisnya beserta emoji menangis.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah Perlukan Rehat

Susulan itu, Aishah kini dalam proses untuk mendapatkan rehat yang secukupnya selain memohon maaf kepada orang ramai berikutan tidak berdaya untuk menjawab segala panggilan dan membalas teks mesej daripada kenalan dan peminat. Dalam pada itu, pelantun Janji Manis Mu ini meminta ahli keluarga dan kenalan terdekat untuk hanya menghubungi anaknya sekiranya ingin mendapatkan info lanjut.

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan pelbagai doa buat Aishah selain mengharapkan agar dia terus kuat untuk melawan penyakit itu.

Sebagai info, Aishah dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala demam panas dan semput pada Isnin lalu sebelum mengesahkan dirinya positif COVID-19.

https://lomp.at/mu0hk
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara