Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Pejabat Mufti Tegur Netizen Selepas Kecam Atlet Paralimpik Ukraine

Kesannya, akaun Maksym  telah digodam dan hilang daripada Instagram

by Khai Azfar
September 2, 2021
146
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu pingat emas atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam Paralimpik Tokyo yang dibatalkan pada Selasa lalu masih hangat diperkatakan.

Atlet Ukraine Dikecam

Dengan protes yang dibuat sebelum ini daripada ‘kem’ Ukraine, kemenangan tersebut sekaligus berpihak kepada atlet mereka, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini. Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas dan kecewa dengan keputusan tersebut dan bertindak menyerang akaun Instagram peribadi atlet tersebut.

Malaysian ni dah kena apa? Buli OKU? OKU mental pulak tu? Bangsa apa kita ni?

Please lah, ulama @drzul_albakri @pejabatmuftiwp tegur lah, keluarkanlah peringatan tegas , sakit ummat mcm ni. pic.twitter.com/DbIQMuSG4Z

— Yeop Amirul ???️??☮️ (@YeopAmirul1648) September 1, 2021

Kesannya, akaun Maksym  telah digodam dan hilang daripada Instagram berikutan menerima banyak kecaman daripada netizen. Tindakan yang disifatkan agak keterlaluan itu turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pejabat Mufti Tegur 

Menerusi akaun rasmi mereka di laman Twitter,Pejabat Mufti menasihati pengguna di media sosial agar menggunakan medium tersebut sebaiknya dan tidak menggunakan bahasa yang kesat bagi tujuan menyakiti orang lain khususnya orang kelainan upaya (OKU).

Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU). Sabda Rasulullah SAW:

ملعون من كمه أعمى عن الطريق https://t.co/E7F4JVWo24

— Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (@jabatanmuftiwp) September 1, 2021

Malah, mereka turut mengingatkan kepada netize bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT. Terdahulu,Ziyad mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London. Namun begitu, kemenangan dan penyertaannya dibatalkan kerana didakwa lewat masuk ke “call room” (bilik menunggu) sebelum pertandingan bermula.

Maksym KovalZiyad Zolkefli
https://lomp.at/w2lpe
Share58Tweet37SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara