Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Keterangan Diambil, Ini Fakta Terkini Kes Caprice Dan Nadir Al-Nuri

by Naddy Joe
September 2, 2021
112
KONGSIAN
Share on Facebook

Berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu, pihak polis telah selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice.

Keterangan Caprice & Nadir Diambil Menerusi E-Mel

Dipetik dari laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Ashari Abu Samah menyatakan bahawa kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.

“Kita sudah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada 29 Ogos lalu sebelum mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini.”-Ketua Polis Daerah Wangsa Maju

Pihak Polis Berpuas Hati Dengan Kerjasama Yang Diberikan Oleh Kedua-Dua Individu 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju menambah, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan kepada polis.

“Ketika ini kami dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Sebaim sahaja kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.”-Tambahnya

Keterangan Ebit Lew Telah Dirakam Untuk Bantu Siasatan

via UTUSAN/AFIQ RAZALI

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu tersebut.

“Setakat ini hanya dia (Ebit) yang dipanggil untuk memberi keterangan dahulu, jika ada keperluan kita akan panggil individu-individu yang berkaitan.”-Ketua Polis Daerah Wangsa Maju

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu menafikan dakwaan Muhammad Nadir Al-Nuri yang mendakwa pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang melampau.

Topik Berkaitan Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: "Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!"

Selain itu, nama Caprice menjadi menjadi bualan ramai setelah mendedahkan tegurannya kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew mengenai rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuklah perkongsian yang dilakukan melalui media sosial.

Kita doakan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: Harian Metro
capriceEbit LewNadir Al-Nuri
Share45Tweet28SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara