Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Al-Kisah 2 Minit Penjelasan’ – Ziyad Kongsi Perkara Sebenar Yang Berlaku

by Puteri Alia
September 6, 2021
Foto - Instagram @ziyadzolkefli

Foto - Instagram @ziyadzolkefli

374
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu atlet lontar peluru negara kehilangan emas kerana lewat ke bilik panggilan masih lagi menjadi bualan orang ramai, apatah lagi atlet lontar peluru tersebut memecahkan rekod dunia dan peribadinya.

Ziyad Jelas Perkara Sebenar ‘Lewat 2 Minit’

Kini Ziyad Zolkefli membuka cerita dan menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku pada dirinya sewaktu hari pertandingan berlangsung.

Foto – Instagram @ziyadzolkefli

“Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tidak mengaku sahaja saya lewat, sedangkan saya sendiri telah mengaku kepada isteri saya yang saya lewat 2 minit seperti disiarkan oleh Astro Arena.

Ada yang cakap saya lewat sebab sedang sebok telefon keluarga saya.. Pening saya. Sebenarnya saya Tidak lewat.. Rupanya ianya salah faham aje.

Selepas penyertaan saya dibatalkan, saya berjumpa dengan jurulatih saya. Coach saya memberitahu pengadil, mengatakan saya lewat 2 minit. Saya mengubungi isteri dan berbual dengan isteri, saya bagitau isteri yang pengadil kata saya lewat 2 minit.

Mungkin ini yang salah fahamnya.. Seolah-olah saya mengaku saya lewat 2 minit kerana sedang bercakap telefon dengan keluarga saya.

Saya nak bagitau semua dan saya yakin yang saya dan jurulatih saya, sampai tepat pada waktunya iaitu 5.55 petang… Itu saja.”

Netizen Tetap Anggap Ziyad Sebagai Zero Malaysia

Melihat penjelasan yang dikeluarkan Ziyad, orang ramai meluahkan pandangan mereka dan masih menganggap Ziyad sebagai hero Malaysia. Dan mendoakan agar Ziyad dapat berjuang lagi untuk Malaysia di masa akan datang.

“Ziyad tetap hero kami semua!”

“Lewat itu tidak boleh merubah 1 dunia menyaksikan awak juara dan pecah rekod dunia. Ujian itu Allah hadirkan untuk orang yang terpilih. Awak sabar dan awak akan dapat ganjaran lagi masyur di akhirat. Teruskan semangat dan berjuang lagi untuk Malaysia dan di mata dunia”

Foto – Instagram @ziyadzolkefli

“InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni, kekal kuat”

“Saya doakan abang Ziyad dekat Paris nanti boleh dapat emas”

“Terima kasih atas penjelasan”

“Hero Malaysia”

“Anda sentiasa seorang hero.. Kita tawan balik Paralimpik Paris 2024. Kita buktikan Malaysia masih berbisa”

Kuatkan semangatkan Ziyad, dan bangkit jadi lebih kuat untuk sukan Paralimpik yang seterusnya nanti!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
2 MinitAtlet ParalimpikParalimpik Tokyo 2020sukanZiyad Zolkefli
https://lomp.at/pq4wa
Share150Tweet94SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem