Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

7 Fakta Penting Vaksin Comirnaty Untuk Kanak-Kanak 12-17 Tahun Kena Tahu

by Mas Ayu
September 9, 2021
Foto: BH Online

Foto: BH Online

24
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu penggunaan vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun kini telah mula berkuat kuasa, pastinya ramai ibu bapa berasa kurang yakin dengan vaksin yang bakal diberikan kepada anak masing-maisng bukan.

Ini antara beberapa fakta yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tentang vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-Biontect yang digunakan pada kanak-kanak.

#1 Vaksin Comirnaty Dapat Keluluskan FDA

Vaksin Comirnaty ini telah mendapat kebenaran dan kelulusan dari Food and Drug Administration (FDA), untuk perlindungan daripada jangkitan Covid-19 dan ianya juga telah diperakui di bawah Emergency Use Authorization (EUA) untuk diberikan kepada kanak-kanak bawah umur.

IKLAN

#2 Perlu Menerima Sekurang-Kurang 2 Dos

Menurut laporan yang dikeluarkan, kanak-kanak perlu menerima sekurang-kurangnya dua dos dalam tempoh masa 21 hari di antara dos pertama dan dos kedua.

#3 Perlu Dapat Persetujuan Ibu Bapa

Selain itu, kanak-kanak dibawah umur 18 tahun yang ingin dapatkan suntikan vaksin perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah untuk menerima vaksin.

#4 Perlu Jalani Pra-Vaksinasi Sebelum Menerima Vaksin Jika ….

Pra-vaksinasi biasanya dijalankan jika kanak-kanak menghidapi masalah kesihatan tertentu sebelum menerima vaksin, seperti mempunyai sejarah alahan yang teruk, masalah sistem ketahanan yang lemah, menerima rawatan ubat cairkan pendarahan atau menghidap masalah pendarahan.

Foto – Twitter @MyHEALTHKKM

#5 Terdapat 10 Bahan Terkandung Dalam Vaksin Comirnaty

Vaksin Comirnaty mempunyai 10 bahan aktif seperti ALC-0315, ALC-0159 – a polyethylene glycol (PEG), 1,2-Distearoyl-sn-gylcero-3 phosphocholine (DSPC), kolesterol, Dibasic sodium phosphate, Monobasic potassium phosphate, Potassium chloride, Sodium chloride, sucrose dan air untuk suntikan.

Jika kanak-kanak mempunyai sejarah alahan dalam mana-mana bahan dalam vaksin tersebut, suntikan vaksin tidak akan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

#6 Perlindungan Optima Jika Menerima 2 Dos

Dimaklumkan kanak-kanak yang menerima dua dos suntikan akan menerima perlindungan yang optima, dan biasanya perlindungan maksima tersebut dapat dicapai setelah dua minggu kanak-kanak menerima dua dos lengkap.

#7 Kesan Sampingan Yang Perlu Diberi Perhatian

Kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Comirnaty ini berkemungkinan menerima kesan sampingan ringan seperti sakit di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, sakit sendi, demam ringan, pembengkakan di tempat suntikan.

Terdapat juga kemungkinan berlaku alahan yang teruk seperti sukar bernafas, bengkak di muka, ruam teruk di badan, lemah badan, berdebar-debar, radang otot jantung (jarang berlaku), radang lapisan luar jantung (jarang berlaku).

Jika berlaku tanda-tanda kesan sampingan selepas menerima suntikan, ibu bapa atau penjaga perlu segera membawa kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: comirnatycovid-19KKMvaksin
Share10Tweet6SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup
Gossip

“Keadilan Akan Ditegakkan”- Harith Iskander Komen Isu Pengasas Crackhouse Disenarai Hitam Seumur Hidup

by Naddy Joe
August 18, 2022
Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?
Gossip

Akui Tiada Faedah Untuk Dianjurkan, PU Syed Mahu Konsert Billie Elish Di Malaysia Dibatalkan?

by Naddy Joe
August 18, 2022
Didie Alias Rai Ulang Tahun Ke-49, Ucapan Anak Perempuan Bongsu Curi Perhatian!
Gossip

Didie Alias Rai Ulang Tahun Ke-49, Ucapan Anak Perempuan Bongsu Curi Perhatian!

by Naddy Joe
August 18, 2022
“Menjilat Sangat Tu”- Pujian Zarina Zainuddin Buat Lagu Aliff Syukri & Baby Shima Dikritik Netizen?
Gossip

“Menjilat Sangat Tu”- Pujian Zarina Zainuddin Buat Lagu Aliff Syukri & Baby Shima Dikritik Netizen?

by Naddy Joe
August 18, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera