Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Alhamdulillah! Suami Eina Azman Sembuh Dari ‘Stage 4’ COVID-19

Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah dibenarkan pulang dari hospital dan pulih daripada COVID-19

by Khai Azfar
September 10, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Rumah pelakon Datin Paduka Eina Azman kembali ceria apabila suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah dibenarkan pulang dari hospital dan pulih daripada COVID-19.

Syukur Suami Sudah Sihat

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, Eina menitipkan rasa syukur dengan tahap kesihatan suaminya terkini selepas 12 hari dirawat di hospital. Malah, ketika itu suaminya juga berada pada tahap keempat dengan kadar 30% paru-paru sudah dijangkiti wabak berkenaan sekaligus membuatkan dirinya dan keluarga bimbang.

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena Covid-19 Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30%.

“Dengan oxygen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk ICU

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke ICU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu…Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk,Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya” tulisnya

Eina Ucap Terima Kasih

Di kesempatan itu, Eina turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan dirinya dan suami termasuk memberikan pelbagai tips dan barangan yang mampu membuatkan mereka sembuh seperti sedia kala.

“Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua Whatsapp dan DM. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.

“Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn,” katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Untuk info, pada 31 Ogos lalu Eina berkongsi khabar yang mengejutkan bahawa dirinya, suami serta dua orang pembantu rumah mereka disahkan positif COVID-19.Berikutan itu, suaminya juga terpaksa baring secara meniarap dan mendapatkan bekalan oksigen.

Netizen Kutuk Wajah Suami, Ini Respons Eina Azman- "Saya Geram!"
covid-19datin paduka eina azmandatuk paduka kaiser
https://lomp.at/8v3te
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara