Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Pergi 5 Kedai Kopitiam Sekitar Negeri Selangor Yang Wajib Dikunjungi!

by Aphit J.
September 12, 2021
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain daripada Nasi Lemak, menu sarapan pagi kedai Kopitiam juga amat digemari oleh rakyat Malaysia. Kopitiam yang secara amnya bermaksud ‘kedai kopi’ dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an dari kaum Hainan.

Menurut Tourism Selangor,  berikut adalah 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!

Auntie Kopitiam, Kuala Selangor

via Trip Advisor

Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga boleh memilih makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi.

Thong Kee Cafe, Petaling

via Fun N Taste

Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu ‘1+1 Cham Peng’ iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh.

Menurut Tourism Selangor, kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.

Chong Kok Kopitam, Klang

via Emoboy

Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940. Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik.

Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.

Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat

via Facebook Nam Wah

Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal.

Menurut Tourism Selangor, istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.

Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor

via BP Blogspot

Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam.

Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!

Auntie KopitiamChong Kok KopitamHailam Sun Sun Nam CheongNam Wah KopitiamThong Kee Cafe
https://lomp.at/0w477
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem