Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Shuib Bakal Lihat & Sentuh Anak Bongsu Buat Kali Pertama Hari Ini

Shuib berasa syukur kerana Allah SWT memberikan berita gembira tersebut buatnya

by Khai Azfar
September 13, 2021
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mendedahkan dia bakal bertemu dan menyentuh anak bongsunya, Ayash Affan buat kali pertama hari ini.

Hadiah Hari Lahir Shuib 

Menyifatkannya sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 37, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad; berasa syukur kerana Allah SWT memberikan berita gembira tersebut buatnya. Luahan itu dibuat Shuib menerusi beberapa hantaran di laman Insta-story nya.

“Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira, esok(Isnin) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (Isnin) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan” tulis Shuib

Pegang Amanat Arwah Sarah

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi amanat terakhir yang diberikan oleh isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang memintanya untuk menjaga anak bongsu mereka itu sebaiknya.

“Insyallah. Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu (Sarah) selalu cakap benda yang sama berulang kali; ‘Baby yang ke-4 ini, you jaga dia tau, you jaga tau, you jaga okay'” kongsi Shuib

Janji Shuib, dia akan menjaga Ayash seperti mana dia menjaga arwah Sarah dan mendidiknya untuk menjadi anak soleh dan kebanggaan mereka. Malah Shuib turut berharap agar Sarah dapat mendoakannya untuk terus kuat memandangkan ‘perjalanannya’ masih jauh.

“Insyallah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggan you dunia akhirat, anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang” titipnya lagi

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkata sambutan hari lahirnya pada tahun ini begitu luar biasa. Jelas Shuib lagi, lazimnya setiap tahun pada September adalah bulan yang begitu dinanti-nantikan buatnya dan arwah Sarah memandangkan mereka akan meraikan ulang tahun kelahiran bersama-sama.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Untuk info, Shuib dilahirkan pada 12 September, manakala arwah Sarah pula lahir pada 15 September tahun yang sama, 1984. Kini, segalanya tinggal kenangan buat Shuib dan empat orang anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang pada 6 Ogos 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Watie Hanifiah Rakam Talita Pakai Kasut Tinggi Siti Sarah, Curi Perhatian Ramai!
Ayash AffanShuib Sepahtu
https://lomp.at/jtoq5
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem