Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Lisa BLACKPINK Cipta Rekod Dunia! Turut Kalahkan Taylor Swift & PSY

Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa.

by Khai Azfar
September 13, 2021
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas Jennie dan Rose, penantian peminat BLACKPINK untuk menunggu lagu solo ahli kumpulan itu seterusnya, Lisa akhirnya terbalas apabila lagu serta video muzik (MV) ‘Lalisa’ telah dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2021.

Penyanyi Solo Dengan Muzik Video Paling Pantas Mencecah 100 Juta Tontonan 

Menariknya mengenai lagu tersebut yang turut diambil bersempena dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban, sehingga kini Lalisa telah mencatat beberapa rekod bagi industri muzik Korea dan juga dunia. Bagi industri muzik Korea, YG Entertainment menerusi sebuah kenyataan telah mengumumkan lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan di laman YouTube pada jam 2 petang Ahad (12 September) sekaligus menjadi muzik video paling pantas mencecah 100 juta tontonan bagi penyanyi solo Korea.

Pencapaian tersebut turut meleburkan rekod yang dipegang oleh muzik video PSY sebelum ini, Gentleman yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa empat hari berbanding Lisa yang hanya mengambil masa dua hari untuk mencapainya.

Pecah Rekod Taylor Swift 

Selain itu, Lalisa juga dikatakan telah memecah rekod dipegang oleh penyanyi Taylor Swift menerusi lagu duet bersama Brendon Urie, ‘ME!’ sebagai video muzik penyanyi solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di laman YouTube. Sebelum ini, Taylor memegang rekod berkenaan dengan jumlah 65.2 juta tontonan pada tahun 2019. Biarpun pihak YouTube masih belum membuat sebarang pengumuman, namun berdasarkan laporan media antarabangsa Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa.

Via Frank Micelotta/Picturegroup/Shutterstock (10225966eq)

Sehingga artikel ini ditulis, menerusi carian Murai.my video muzik Lalisa telah mendapat lebih dari 118 juta tontonan dan masih menduduki tangga teratas ‘trending’ di laman YouTube. Terdahulu, Lisa terlebih dahulu mencatat rekod sebagai penyanyi wanita solo yang mendapat pra-tempahan album paling tinggi di Korea dengan capai sebanyak 700 ribu tempahan.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
LalisaLisa Blackpink
https://lomp.at/e4czj
Share34Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem