Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Kepada KKM, Maaf Saya….’ – Normala Samsudin Mahu Laporan Kes Diberi Dalam Carta Mudah Difahami

by Puteri Alia
September 13, 2021
Foto - Instagram @normalasamsudinofficial

Foto - Instagram @normalasamsudinofficial

42
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat laporan kes kematian Covid-19  yang diberi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di laman media sosial mereka, tidak begitu terperinci membuatkan bekas wartawan veteran Puan Sri Normala Samsudin ingin mengetahui lebih jelas mengenai jumlah kematian kes Covid-19.

Mahu KKM Beri Carta Yang Mudah Difahami

Dipetik dari Instagram Puan Sri Normala, bekas wartaman dan pengacara televisyen ini meluahkan agar pihak Kementerian Kesihatan dapat memberi laporan lengkap dalam bentuk carta yang mudah difahami dan terperinci.

Menurut Puan Sri Normala, dengan memahami carta jumlah sebenar kes kematian Covid, ia secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Foto – Instagram @normalasamsudinofficial

“Kepada KKM, maaf saya bukan anti apa yang kerajaan sekarang tengah dan nak buat dan umumkan tentang kes terkini Covid-19.

Saya sokong kalau betul caranya. Saya tak pandai nak baca garf taraf Oxford dan Harvard ni, saya sekolah kebangsaan dan sekolah biasa saja.

Maka tolonglah kami rakyat Malaysia yang purata tidak faham congak matematik tahap 1 jam belek-belek, darab bagi 100k populasi.

Kami hanya nak tahu laporan lengkap ‘kematian’, kes terkini Covid-19 di Malaysia dan negeri-negeri lain. Cukup, kerana ia sangat-sangat ‘alarming’!!!

Bagilah kami carta yang biasa kita faham ‘approximate’ yang kita boleh baca dan jelas supaya kami akan ‘ be aware’. Bukan untuk menakutkan tapi sekurang-kurangnya kita ‘AWARE’.

STAY SAFE MALAYSIAN”

Mahu Kerajaan Jawap Kemusykilan Rakyat

Selain itu, wartawan veteran ini juga berkongsi soalan-soalan yang merungsingkan rakyat Malaysia seperti soalan berkaitan vaksin, kenaikan kes, isu keselamatan pergi melancong, beriadah dan kapasiti yang dibenarkan.

Tambahan lagi, Puan Sri Normala juga meluahkan agar kerajaan dapat memberi jawapan serta keterangan bagi setiap isu yang mereka telah benarkan untuk beroperasi.

TokTi Tak Merajuk, Tapi Kesal Difitnah-"Saya Tahu Bila Masanya Perlu Berbakti Kepada Negara"
Foto – Instagram @normalasamsudinofficial

“Kerajaan perlu menjawab segala kemusykilan Rakyat.. Untuk memberi faham kepada mereka, ibarat melepaskan anak yang bertatih berjalan…

Apakah selamat…. Untuk melancong, untuk beriadah, untuk ziarah, untuk bersekolah… Penerangan ini perlu lebih awal. Bukan buka ‘onz’, baru nak terang.”

“Soalan 1: Kenapa dah vaksin tapi kes naik….?”

“Soalan 2: Kenapa dah vaksin tapi ramai kematian sebab….. Data kenapa dan mengapa.”

“Soalan 3: Selamatkah untuk melancong? Kapasiti melancong dalam negeri, hotel, beriadah, tempat riadah, kenderaan awam seperti feri? Muatan?”

Kongsi Pandangan Konsep Di Pusat Membeli-Belah Perlu Diubah

Melihat banyak pusat-pusat membeli-belah kini dibenarkan beroperasi, Puan Sri Normala berkongsi pandangannya agar konsep di pusat membeli-belah diubah dengan membuatkan udara segar boleh keluar masuk di dalam pusat membeli-belah berkenaan.

Foto – Instagram @normalasamsudinofficial

“Pusat membeli-belah kita kena ubah konsep, biar udara segar boleh keluar masuk. Pusat membeli-belah terbuka lebih baik di musim pandemik ini…”

Betul juga kata Puan Sri dengan melihat carta lebih jelas dapat memberi kesedaran secara tidak langsung, dan soalan-soalan yang diajukan juga merupakan aspek penting untuk kerajaan serta kementerian kesihatan beri perhatian agar prosedur operasi standard (SOP) dapat dilakukan dengan lebih kemas dan baik.

covid-19KerajaanKKMnormala samsudinSOP
https://lomp.at/cc0ws
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem