Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Tolong Jangan Bising & Marah Kerajaan Lepas Ni’ – Harith Iskander Marah Netizen?

by Mas Ayu
September 13, 2021
Foto - Mashable

Foto - Mashable

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik pelakon, pelawak dan jurucakap motivasi yang berkongsi beberapa klip video di Instagramnya, yang memaparkan orang ramai yang sudah lengkap di vaksin keluar beriadah beramai-ramai.

Dan malangnya mereka yang sedang seronok beriadah dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan di dalam video tersebut, memperlihatkan bahawa ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Jangan Bising Pada Kerajaan Jika Kes Meningkat

Dipetik dari Instagram Harith Iskander, melihat video yang dikongsikan itu dengan peningkatan varian Delta di dalam negara membuatkan Harith meluahkan rasa marah kepada orang ramai.

“Semua yang dalam klip ini (dan yang tak ada dalam klip ini) yang tak pakai pelitup muka dan tak ikut SOP waktu keluar ke tempat awam. Tolong JANGAN bising dan marahkan ‘kerajaan’ bila kes naik lagi!”

Foto – Instagram @harithiskander

Menurut jurucakap motivasi ini lagi, kerajaan telah memberi garis panduan dan cadangan untuk orang ramai patuhi tetapi malangnya bila kebenaran diberikan ramai yang tidak mematuhinya.

“Kerajaan dah beri garis panduan dan cadangan. Dah 2 tahun kita dengar mesej yang sama pasal SOP. Sebagai rakyat kita perlu patuh dan ikut.

Saya sokong pembukaan industri dan sektor ekonomi – Kita perlu kembali bekerja… Tapi ianya terletak pada kita juga untuk TIDAK MEMBINASAKAN DIRI KITA SENDIRI!”

Chef Wan Setuju Rakyat Malaysia Memang Degil

Melihat perkongsian yang dimuatnaik Harith menarik perhatian Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra di panggil Chef Wan juga turut berkongsi pandangannya tatkala melihat video yang dikongsikan itu.

“Benar rakyat kita sangat degil gila… Dengan banyak kematian pun, mereka tak peduli.. Tak fikir pendapatan mereka akan terjejas…

Semua tak sabar-sabar. Segala nasihat dan bantuan kita lakukan pada mereka macam curah air atas daun keladi…

Ini lah betul-betul sikap manusia kepala batu yang Allah nak tunjukkan… Nak buat macam mana bro…..”

Foto – Instagram @harithiskander

Selain Che Wan, ramai wargamaya turut berkongsi pandangan mereka setelah melihat video yang dikongsikan di Instagram Harith Iskander baru-baru ini.

“Saya fikir kerajaan perlu hentikan sepenuhnya dan tidak membenarkan aktiviti riadah buat sementara waktu. Mengetahui manusia tidak dapat mengawal diri mereka sendiri, jadi dengan adanya peraturan barulah mereka akan patuh”

“Kalau yang banyak ni keluar untuk bekerja ianya masuk akal.. Tapi kalau keluar semata-mata untuk riadah.. Saya tak fikir mereka akan lihat mana yang essential dan yang mana non essential.”

“Hmm… lihat selepas satu bulan.. Kes turun atau naik!! Setuju sangat, jangan salahkan kerajaan.. Apa-apa berlaku tolong salahkan diri anda sendiri yaaa..”

Dengan kebenaran yang diberikan, bukan bermakna SOP boleh dilupakan sewenang-wenangnya apatah lagi dengan peningkatan kes varian Delta dalam negara.

Justeru itu, orang ramai perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan mematuhi garis panduan yang telah diberikan kerajaan dan kementerian kesihatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: covid-19Harith IskanderSOP
Share19Tweet12SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan