Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

7 Gaya Santai Shin Min Ah, Topi dan Face Mask Adalah Aksesori Wajib!

by Amirul Fikry
September 18, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Gaya Shin Min Ah dalam kehidupan seharian berbeza dengan penampilannya dalam drama. Shin Min Ah telah membuat kemunculan semula selepas dua tahun mendiamkan diri dalam dunia drama Korea. Drama terbarunya yang berjudul ‘ Hometown Cha-Cha-Cha’ sedang ditayangkan di Netflix  pada setiap hujung minggu sejak Ogos lalu. Dalam drama komedi romantik ini, Shin Min Ah memainkan peranan sebagai seorang doktor gigi yang bernama Yoo Hye Jin dan bergandingan bersama Kim Seon Ho.

Kebiasaannya penampilan barisan selebriti dalam drama sering mencuri perhatian kerana dilihat begitu bergaya. Jadi untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok beberapa gambar harian santai pelakon Korea, Shin Min Ah sewaktu tiada penggambaran.

1. Gaya Sewaktu Melawat Kuil

via Ig

Walaupun sedang sibuk dengan jadual penggambaran yang padat hampir setiap hari, Shin Min Ah masih sempat meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar bandar. Seperti gambar yang kami kongsikan, Shin Min Ah dilihat sedang mengunjungi Kuil Bulguk, Gyeongju, Korea Selatan. Dia mengenakan pakaian kasual iaitu t-shirt tangan panjang bergaris dan seluar denim. Topi dan pelitup muka merupakan aksesori pelengkap untuk setiap perjalanannya.

2. Gaya Makan Angin Di Tepi Laut

via Ig

Gayanya sewaktu berjalan dan berehat sambil makan angin di tepi laut. Dia kelihatan mengenakan seluar dengan baju lengan panjang berwarna putih. Topi dan topeng muka  akan sentiasa dipakai oleh Shin Min Ah terutamanya apabila statusnya sebagai pelakon mula dikenali ramai. Bagi menyerlahkan lagi gayanya, Shin Min Ah menambahkan jaket yang berwarna hitam untuk melindunginya dari kesejukan angin laut di daerah Pohang ini.

3. Gaya Sewaktu Berada Di Salon

via Ig

Tidak seperti gayanya yang ditunjukkan di dalam drama, Shin min Ah kelihatan begitu bersederhana ketika berada di salon. Dia hanya memakai jaket putih dan legging beserta kasut hitam. Rambutnya juga dibiarkan terurai namun tetap menunjukkan pose yang comel.

4. Gaya Santai Di Hutan

via ig

Shin Min Ah memang suka berjalan-jalan di luar lokasi untuk menikmati pemandangan semula jadi. Seperti gambar ini, dia dilihat mengunjungi kawasan hutan pada musim luruh. Kekasih kepada Kim Woon Bin ini kelihatan begitu asyik mengambil gambar pemandangan di sekelilingnya. Dia mengenakan pakaian musim sejuk yang dipadankan dengan selendang yang diikat di leher sebagai aksesori tambahan.

5. Gaya Sewaktu Menikmati Masa Lapang

via Ig

Kali ini, Shin Min Ah mengenakan pakaian musim sejuk panjang berwarna coklat dan bucket hat berwarna hitam. Seperti biasa, topeng muka memang aksesori wajib gadis ini. Kawasan yang dikunjunginya juga kelihatan cukup sederhana, hanya rumah dengan pemandangan tanaman liar disekelilingnya.

6. Gaya Bersama Anjing Kesayangannya

via Ig

Shin Min Ah kelihatan begitu cantik sambil memegang anjing kesayangannya. Dengan baju panas berwarna putih yang dipadankan dengan skirt kembang berwarna sepadan. Seperti biasa, aksesori wajib bagi menyerlahkan lagi penampilannya adalah topi. Anjing kesayangannya itu diberi nama Woodi oleh Shin Min Ah. Bintang drama ‘Oh My Venus’ ini sering membawa anjing peliharaannya itu ke lokasi.

6. Gaya Santai Dengan Rambut Di Tocang Dua

via Ig

Untuk gambar yang terakhir ini, Shin Min Ah kelihatan begitu comel dengan hoodie berwarna kelabu dan gaya rambut yang ditocang dua. Topi itu merupakan aksesori wajib bagi wanita yang berusia 37 tahun ini. Anting-anting bulat bersaiz sederhana ini menambahkan lagi keserian penampilannya. Foto ini diambil oleh rakan sekerjanya dan dikongsikan di sosial media.

Wajah cantik Shin Min Ah bukan sahaja menjadi menjadi perhatian di dalam drama tetapi juga sering muncul dalam iklan dan majalah. Di luar lokasi penggambaran, penampilan Shin Min Ah dilihat sangat bersederhana, tidak sama seperti di depan kamera dengan wajah yang disolek tebal dan pakaian yang mewah. Apa pendapat anda dengan gaya santai seharian Shin Min Ah?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
shinminah
https://lomp.at/att7t
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem