Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bersuara Tentang Kualiti Air Kelantan Kotor, Fizo Omar Disalah Sangka Mengeji

by Puteri Alia
September 15, 2021
Foto - Instagram @fizoomar

Foto - Instagram @fizoomar

24
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik Fizo Omar hari ini bila mana aktor kacak ini bersuara mengenai masalah kualiti air di Kelantan yang kotor di akaun Instagramnya.

Sudah Bertahun Masalah Sama Timbul

Menurut Fizo masalah air kotor berkarat yang ditunjukannya dalam klip video di Instagram, sebenarnya merupakan masalah yang sudah bertahun-tahun terjadi dan tambah menyedihkan adalah tiada sebarang perubahan dilakukan dan tetap kotor sehingga hari ini.

Foto – Instagram @fizoomar

“Tolong lakukan sesuatu!

Bukan nak merungut la tapi sebagai rakyat, saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan. Dan isu ni bukan baru hari ni, dah bertahun dah macam ni. Isu air ni adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan.”

Dalam menyuarakan masalah kualiti air yang teruk di Instagramnya, Fizo juga memohon maaf jika apa yang dikongsikan membuatkan mana-mana pihak berasa tidak selesa.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maaf sekiranya posting ni buat mana-mana pihak tidak selesa tapi inilah hakikatnya!

Diharap suara saya ni didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan.”

Rakyat Kelantan Setuju Dengan Pandangan Fizo

Melihat pandangan yang dikeluarkan oleh Fizo Omar mengenai kualiti air di Kelantan, membuatkan ramai warga negeri itu meluahkan pandangan yang sama.

“Ya Allah, kesiannya.. Air sumber penting untuk kelangsungan hidup. Macam mana budak-budak kecil mandi-manda, berus gigi dengan air macam ni. Bahaya untuk kesihatan juga.”

“Ya betul tu… Isu air Kelantan ni macam dah lama.. Perkara sama berlaku… Kalau balik kampung basuh uniform putih, memang habis baju jadi buruk.. Kerajaan patut ambil tindakan terhadap perkara ini.”

Foto – Instagram @fizoomar

“Lebih 30 tahun dah isu air di Kelantan ni… Saya tukar guna air pam dari dalam tanah.”

“Setuju dengan Fizo bab air Kelantan ni… Dilema kalau masa balik kampung bila sampai masa nak masuk bilik air, gosok gigi sokmo pun.. Air bau selut, bau karat.”

Disalah Salah Anggap Mengeji Dan Tak Beryukur?

Dalam ramai-ramai yang bersetuju dengan pandangan Fizo tentang air Kelantan itu, ada juga wargamaya yang menyalah ertikan pandangan aktor tersebut sebagai mengeji dan tidak tahu bersyukur.

“BIASALAH ORANG DAH KAYA MEMANG MENGEJI ITU INI…. KALAU KERJA DREBAR LORI TAIK MESTI TAHU BERSYUKUR.”

Foto – Instagram @fizoomar

Menerima komen sedemikian, Fizo menjelaskan bahawa apa yang disuarakan mengenai isu air itu tidak berkaitan dengan kekayaan seseorang itu.

“Aik… Ni bukan soal kaya ke, drebar lori taik. Saya bersuara sebagai rakyat Kelantan. Awak boleh ke minum dan mandi guna air macam ni???”

Melihat air lebih keruh dari sungai seperti itu, siapa sanggup betul tak? Harap adalah tindakan sewajarnya diambil, mengenai isu air di Kelantan ini.

[VIDEO] Gelagat Mariam, Anak Fizo & Mawar Curi Perhatian, “Petahnya Bercakap”
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Air Kelantanfizo omarkotor
https://lomp.at/at22q
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem