Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

5 Fakta Mengenai Penceraian Brad Pitt Dan Angelina Jolie: Ada Isu Hak Penjagaan Anak

by Amirul Fikry
September 18, 2021
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkahwinan selebriti  terkenal Hollywood telah pun berakhir. Bekas pasangan popular, Brad Pitt dan Angelina Jolie nampaknya masih dalam perseteruan hingga kini walaupun mereka telah bercerai. Pasti ramai yang ingin tahu mengenai masalah pasangan ini sehingga mereka bercerai. Ini kerana, pasangan ini dianggap sebagai pasangan  yang sangat romantik dan sepadan. Malah mereka juga selalu dipuji sebagai pasangan ideal dan pasangan yang paling berpengaruh.

Baru-baru ini, dalam acara mempromosikan buku terbaru, Angelina Jolie ‘Know Your Rights’, dia telah mengungkapkan kisahnya dengan Brad Pitt termasuk alasan mengapa dia memfailkan penceraian dari Brad Pitt. Salah satunya yang membuatkan mereka berdua berseteru adalah tentang hak penjagaan anak-anak. Disini, kami ringkaskan fakta-fakta penceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie yang kami rungkaikan dari pelbagai sumber.

1. Penglibatan Harvey Weinstein

via E News

Angelina Jolie memberitahu bahawa seorang produser Hollywood iaitu Harvey Weinstein  terlibat dalam skandal gangguan seksual. Bintang ‘Maleficent’ ini juga mendedahkan fakta bahawa dia pernah menjadi mangsa penganiayaan Harvey Weinstein pada usia 21 tahun. Pada masa itu, dia membintangi filem ‘Playing by Heart’.

Angelina Jolie yang berharap Brad Pitt tidak terlibat dalam projek bersama Harvey Weinstein. Namun, Brad Pitt nampaknya berkolaborasi dengan Weinstein beberapa kali. Brad Pitt juga ada bekerjasama dalam filem ‘Inglourious Basterds’ (2009) dan ‘Killing Them Softly’ (2012). Walaupun Brad tahu tentang penderaan yang dialami oleh Angelina Jolie tetapi dia masih tetap bekerjasama dengan Harvey Weinstein. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka berdua tidak ada persamaan pendapat dan Brad Pitt nampaknya terlalu mementingkan diri.

2. Angelina Jolie Berasa Tidak Selamat

via celebzz.com

Dikatakan, salah satu punca penceraian mereka juga adalah kerana sikap buruk Brad Pitt yang gemar minum minuman keras sehingga mabuk dan mengambil ganja. Mereka kerap bertengkar dan Brad Pitt juga dikatakan sering bersikap kasar terhadap anak-anak mereka. Ini membuatkan Angelina Jolie berasa tidak selamat sepanjang bersama Brad Pitt.

3. Perebutan Hak Penjagaan Anak

via style.tribunnews.com

Brad Pitt dan Angelina Jolie mempunyai 6 orang anak. Mereka mengambil anak angkat seramai 3 orang iaitu Maddox, Pax dan Sahara. Sementara itu, mereka juga mempunyai anak kandung iaitu Shiloh dan kembar mereka Vivienne dan Knox. Isu pergaduhan hak penjagaan anak juga adalah salah satu punca pertelingkahan antara Brad Pitt dan Angelina Jolie .

4. Brad Pitt Mendapat Hak Penjagaan Anak

via smashingtops.com

Brad Pitt mendapat hak penjagaan anak-anak mereka yang telah diputuskan oleh hakim. Namun, keputusan itu nampaknya tidak dipersetujui oleh Angelina Jolie. Angelina Jolie kemudiannya telah mencabar keputusan hakim tersebut sehingga pengadilan telah berpihak kepada Angelina Jolie dan mendapat kemenangan atas hak penjagaan anak-anak mereka dan Brad Pitt hanya diberi hak untuk melawat anak-anak mereka.

5. Brad Pitt Akan Menuntut Hak Di MA California

via Ig

Selepas kemenangan Angelina Jolie, dihadapan pengadilan atas hak penjagan anak, pelakon ‘Thor’ ini dikhabarkan akan mengajukan tuntutan ke Mahkamah Agung di California. Angelia Jolie melalui peguamnya Robert A. Olson berharap pihak Brad Pitt berhenti memperjuangkan hakim Ouderkirk untuk mengendalikan kes tersebut lagi.

Itulah antara fakta mengenai perseteruan antara Brad Pitt dan Angelina Jolie. Semua peminat berharap agar mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
angelinajoliebradpitthakpenjagaananak
https://lomp.at/p3m7u
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem