Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

5 Selebriti Malaysia Yang Paling ‘Ngam’ Untuk Met Gala

Penilaian berdasarkan fesyen dan busana unik yang sering kali diperagakan oleh para selebriti.

by Khai Azfar
September 17, 2021
168
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun acara Met Gala sudah melabuhkan tirainya, namun warganet di seluruh dunia hangat memperkatakan mengenai acara tahunan mewah ini.

Manakan tidak, selepas dibatalkan pada tahun 2020 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ramai selebriti popular seakan ‘melepaskan geram’ dengan melaram sakan memperagakan busana unik masing-masing. Antara busana selebriti yang mencuri perhatian adalah Kim Kardashian, Kendall Jenner, Iman dan Lil Nas.

5 Selebriti Malaysia Yang Paling ‘Ngam’ Untuk Met Gala

Di Malaysia pula, warganet turut membincangkan selebriti Malaysia yang paling sesuai untuk ke Met Gala. Penilaian tersebut dibuat mereka berdasarkan fesyen dan busana unik yang sering kali diperagakan oleh para selebriti. Berikut Murai.my tampilkan 5 selebriti Malaysia yang paling sesuai untuk ke Met Gala!

Rozita Che Wan

Via Instagram Rozita Che Wan

Sentiasa bergaya sejak dahulu lagi, pelakon Rozita Che Wan sudah pastinya tidak akan ketinggalan dalam acara ini. Berkawan rapat dengan beberapa orang pereka fesyen terkenal, kami sudah pasti bakal ada busana khas yang unik tersedia buat Che Ta.

Aina Abdul

Via Instagram Aina Abdul

Selain single terbaharu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat, Aina Abdul juga ‘mekar’ sebagai penyanyi yang sering tampil dengan busana yang cukup unik dan menarik. Bukan sahaja di dalam video muzik, malah acara-acara yang dihadiri oleh Aina juga pasti akan mencuri perhatian ramai dengan penampilannya.

Topik Berkaitan [VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- "Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah"

Didie Alias

Via Nurul Syazana Rose Razman

Pernah mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, pelakon dan pengacara Didie Alias juga mencuri perhatian setiap kali tampil di acara-acara hiburan dengan penampilannya. Bagaimanapun menurut Didie sebelum ini, dia hanya berpakaian sedemikian untuk acara tertentu dan bukanlah sewenang-wenangnya untuk ditonjolkan.

Ezurin Khyra

Via Instagram Ezurin Khyra

Tidak perlu diperkenalkan lagi ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra yang sememangnya sentiasa bergaya dan unik dengan gaya yang tersendiri. Bukan sahaja penampilan di luar, malah penampilan bersahaja di dalam rumah juga mencuri perhatian. Sekiranya ditampilkan di dalam Met Gala, kami pasti ia bukanlah satu masalah buat Ezurin malah mungkin paling menyerlah?

Stacy 

Via Instagram Stacy

Terkenal dengan gaya lincahnya, penyanyi dan komposer, Stacy antara nama wajib dalam senarai selebriti yang sering tampil unik dengan fesyennya. Baik dari segi persembahan mahupun menghadiri mana-mana acara, penampilan Stacy pasti menjadi pujian daripada peminat. Kami pasti ramai yang merindui aksi Stacy di atas pentas bukan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abduldidie aliasEzurin Khyramet galarozita che wanstacy
Share67Tweet42SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara