Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Nda Sangka Lolo Pergi Buat Selamanya’ – Bella Astillah Terkilan Tak Dapat Lihat Orang Tersayang Buat Kali Terakhir

by Puteri Alia
September 17, 2021
Foto - Instagram @bellaastillah

Foto - Instagram @bellaastillah

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehilangan ahli keluarga tercinta merupakan saat yang menyedihkan buat sesiapa saja, tular di media sosial milik pelakon jelita Bella Astillah berkongsi berita duka pemergian atuknya hari ini di akaun Instagram.

Terkilan Tak Dapat Jumpa Lolo Buat Kali Terakhir

Dipetik dari Instagram Bella, aktres ini meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan datuknya buat kali terakhir di hospital.

Meskipun dekat, tetapi pihak hospital tidak mengizinkan Bella sekeluarga datang untuk melihat arwah kerana khuatir jenazah Allahyarham dijangkiti Covid.

Foto – Instagram @bellaastillah

Bella berasa sebak dan tidak menyangka datuknya pergi buat selama-lamanya, tanpa kehadiran keluarga tersayang di sisi cuma bertemankan panggilan video untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

“Datang Sabah atas urusan kerja, tapi nda sangka lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ni. Atuk di forensik (kalau jenazah positif Covid, kami tidak boleh ambil. Kalau negatif baru boleh)”

Sampai Bila Harus Begini

Sudahlah begitu, isteri kepada Aliff Aziz ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem yang hanya membenarkan ahli keluarga berkomunikasi saat akhir menerusi panggilan video sahaja dan menyoal sampai bila keadaan seperti ini harus berterusan.

Foto – Instagram @bellaastillah

“Allahuakhbar. Sampai bila macam ni?! Sepatutnya kami mau mengasi kawan selama ditahan, tapi tidak dibenarkan. Adakah SISTEM akan berterusan seperti ini sampai bila-bila??????????????

HANYA BOLEH TENGOK SAAT-SAAT akhir BELIAU MELALUI VIDEO CALL, tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakhbar.”

Meski aktres ini kecewa tidak dapat melihat dan memeluk arwah datuknya disaat akhir, Bella menyatakan dirinya sekeluarga sebelum ini sempat membawa datuknya ke Kuala Lumpur dan Genting untuk bercuti.

“Tapi sebelum pandemik, Bella dan Aliff dapat bawa dia ke KL, bawa ke Genting, MasyaAllah. (Kami rindu betul. Allah S.W.T lebih menyayangi mu.”

Rakan Artis Dan Peminat Ucapan Takziah

Berita sedih yang dikongsikan Bella ini mendapat ucapan takziah dari rakan selebriti tanah air dan juga peminat, ramai yang memberi ucapan takziah dan mendoakan agar Bella sekeluarga tabah menghadapi ujian yang datang.

“Salam takziah Bella @bellaastillah al-Fatihah”

“Al-Fatihah, please be strong dear @bellaastillah”

“Al-Fatihah… Takziah Bella dan keluarga”

Foto – Instagram @bellaastillah

“Allahuakbar… Salam takziah buat Bella dan keluarga. Semoga semua urusan dipermudahkan dan Allah beri kekuatan pada keluarga”

“Takziah Bella. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman”

“Salam takziah Bella sayang.. Turut berduka-cita”

Salam takziah buat Bella sekeluarga, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

"Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father"-Netizen Dakwa ‘Hint’ Jelas Daripada Syed Saddiq
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bella Astillah
https://lomp.at/m7sgt
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem