Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“It’s A Boy!” – Vivy Yusof Umum Jantina Bakal Anak Keempat

Vivy mahupun suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sebelum ini tidak mengetahui akan jantina anak mereka

by Khai Azfar
September 20, 2021
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof dan keluarganya begitu teruja setelah mendapat tahu jantina kandungannya yang turut dikongsikan bersama pengikutnya di laman Instagram dan juga YouTube.

Rakam Detik Pendedahan Jantina Kandungan 

Dalam sebuah hantaran terkini, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34 berkongsi sebuah video reaksi mereka sekeluarga untuk mengetahui jantina bakal anak keempatnya itu. Difahamkan, baik Vivy mahupun suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sebelum ini tidak mengetahui akan jantina anak mereka sehinggalah membuat keputusan untuk merakamkan detik tersebut menerusi sebuah video.

“Saya seperti terasa ingin muntah sebab terlalu gementar kerana kami akan mengetahui jantina kandungan saya

“Keputusannya dah keluar dan bila saya dapat Whatsapp mereka mengatakan kandungan berada dalam keadaan sihat, Alhamdulillah dan mereka turut menyertakan bersama jantina di laporan tersebut

“Saya belum buka lagi dan sangat gementar” ujar Vivy

Terharu Doa Diperkenankan

Sebelum ini, pasangan usahawan tersebut begitu mengharapkan mereka dapat menimang anak lelaki bagi melengkapkan keluarga mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan. Malah, Vivy dan Fadza turut berseloroh menyifatkan ini adalah anak mereka yang terakhir sekiranya dikurniakan anak lelaki.

“Ini adalah bayi terakhir mengikut kata kami suami isteri. Tetapi saya akan terus ‘mencuba’ untuk mendapatkan anak lelaki tetapi saya tetap bersyukur dengan apa sahaja jantina

“Kalau ia adalah perempuan, Alhamdulillah saya tetap gembira asalkan bayi sihat, cukup sempurna sifat dan sebagainya.

“Alhamdulillah..Terima kasih Allah,ianya adalah lelaki dan anak-anak pastinya akan sangat gembira” kata Vivy sambil memeluk suaminya

Dalam pada itu, Fadza turut kelihatan terharu dan mengalirkan airmata kerana berasa bersyukur doa mereka sekeluarga diperkenankan oleh Allah SWT.

Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikut Vivy membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya yang bakal melahirkan bayi tersebut tidak lama lagi.

Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: vivy yusof
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan