Tuesday, August 9, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home HotList

Kronologi Penangkapan Nur Sajat : Mohon Duduk Di Australia, Beri Alasan Diugut Bunuh

Sajat dipercayai lolos selepas menaiki gerabak keretapi barang

by Khai Azfar
September 20, 2021
118
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah lama menyembunyikan diri, usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat akhirnya telah ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Misha Bebaskan Sajat 

Memetik laporan Harian Metro,Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

Bagaimanapun, Sajat dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan yang juga rakannya dikenali sebagai Misha.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” kata sumber seperti dipetik portal akhbar itu.

Untuk rekod, Sajat menjadi tumpuan media sejak Februari 2018 selepas isu berpakaian seperti wanita dalam sebuah majlis agama anjurannya telah dikenakan tindakan undang-undang. Berikut Murai.my tampilkan kronologi mengenai kes Sajat sehingga kini yang dipetik dari pelbagai sumber.

Kronologi Kes Sajat 

28 Februari 2018 – Berpakaian Seperti Wanita

Pada ulangtahun kelahirannya, 23 Februari 2018 Sajat telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat sekitar 7.30 malam di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion yang ketika itu bertempat di Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam. Dalam majlis itu, Sajat turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz untuk bacaan tersebut.

Kerana majlis itu, Sajat dikecam ramai pihak kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita. Perbuatan itudidakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

11 Januari 2021- Dakwa Dikasari JAIS

Pada 11 Januari 2021, Sajat telah mengaktifkan semula akaun Instagram nya selepas menyahaktifkan seketika. Lebih mengejutkan, Sajat turut memuat naik hantaran terbaru beserta sebuah video rakaman yang mendakwa dia telah dianayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Sajat, dia telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAIS selepas dia mendapat surat perintah untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan di bawah Enakmen Jenayah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 pada 6 Januari lalu. Bagaimananpun, dedah pelantun Makhluk Penggoda ini dia telah dikasari setelah cuba menghalang dirinya daripada digari oleh pihak JAIS.

Difahamkan, di dalam video tersebut pihak JAIS telah memberitahu Sajat bahawa dia telah ditahan atas dakwaan tersebut. Terkejut dengan perintah itu, Sajat berkeras untuk berjumpa dengan ibu bapanya di luar bilik siasatan namun dihalang oleh kakitangan yang bertugas kerana mereka memberitahu akan membawa masuk ahli keluarganya itu . Sajat yang merakam secara tersembunyi segala perbincangan tersebut, turut bertengkar dengan pihak JAIS sebelum menunjukkan kesan luka dan lebam dipercayai disebabkan pergelutan tersebut.

23 Februari 2021 – Tidak Hadir Ke Mahkamah

Media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat berikutan dia dikatakan gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. Difahamkan, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii selepas usahawan itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding yang dijadualkan pada jam 9 pagi untuk sebutan semula kes.

Menurut sumber, peguam, Zuri Zabuddin Budiman berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun pelantun Makhluk Penggoda itu diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak. Disebabkan itu, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

24 Februari 2021 – Dakwa Mempunyai Masalah Kesihatan

Memetik laporan Utusan Malaysia, Sajat mendakwa dia mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lalu. Jelasnya, dia tidak dapat pada saat akhir berikutan mempunyai masalah kesihatan selain turut mendakwa mempunyai pengesahan bertulis daripada doktor.

“SAYA TAK SIHAT, MUKA DAN ANGGOTA BADAN SAYA TIBA-TIBA MENJADI BENGKAK AKIBAT ALAHAN MAKANAN. SURAT PENGESAHAN DOKTOR PUN SAYA ADA KALAU TIDAK PERCAYA,” KATANYA SEPERTI DIPETIK UTUSAN MALAYSIA.

26 Februari 2021 – Sajat Kecewa, Mahu Keluar Agama Islam

Sebelum menyahaktifkan semula akaun Instagram nya, Sajat memuatnaik video luahan hatinya atas apa yang berlaku. Lebih mengejutkan dalam video tersebut dia dikatakan kononnya ingin keluar dari agama Islam. Seperti yang disalin oleh Harian Metro, berikut adalah intipati kenyataan usahawan ini.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas JAIS keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

IKLAN

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

27 Febuari 2021- Sajat Padam Instagram, Hilangkan Diri

Sajat dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh pihak JAIS. Memetik laporan media, pihak JAIS telah memeriksa rumah Sajat pada jam 9 malam Sabtu namun gagal menemuinya sebaik waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan hanya ahli keluarga dan pembantu rumahnya berada di rumah berkenaan malah mereka turut mendakwa Sajat sudah tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di sebuah lokasi bagi mengelak dikesan JAIS.

 April 2021 – Sembunyi Thailand

Selepas berteka-teki, pihak berkuasa tempatan mendakwa bahawa Sajat berada di negara jiran dipercayai untuk bersembunyi.

27 Mei 2021 – Netizen Dakwa Sajat Di Johor 

Sajat telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram nya. Video yang memperlihatkan Sajat memakai kostum Maleficent dipercayai telah dirakam di sebuah balkoni premis kononya di Johor Bahru.  Bagaimanapum, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad, pemeriksaan sudah dilakukan di dua lokasi usahawan kosmetik itu seperti dinyatakan iaitu di premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU) dan kondominium mewah di Danga Bay, namun usahawan itu  tidak ditemui.

16 Jun 2021 – Kes Penipuan Tukar Nama & Jantina 

Selain waran tangkap dikeluarkan ke atasnya,Sajat turut dicari oleh pihak polis bagi membantu perbicaraan berkaitan kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.

30 Julai 2021 – Sajat Dapat Notis Bankrap 

Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan berikutan kegagalan usahawan tersebut membayar penghakiman sebanyak RM200,000.00 kepada bekas stokis utama beliau iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan April lalu.

8 September 2021 – Ditahan Imigresen Thailand 

Memetik laporan Harian Metro, pada 4 Jun pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya . Susulan itu, Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

10 September 2021 – Sajat Dibebaskan, Mahu Pindah Ke Australia 

Usahawan itu dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan. Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu. Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Hasil soal-siasat juga mendapati Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Portal Harian Metro turut memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

sumber Harian Metro

Alasannya untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: akaun baru nur sajatnur sajat
Share47Tweet30SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

5 Selebriti Popular Ini Terima Kehadiran ‘Orang Baharu’ Dalam Keluarga Pada 22.2.22
HotList

5 Selebriti Popular Ini Terima Kehadiran ‘Orang Baharu’ Dalam Keluarga Pada 22.2.22

by Khai Azfar
February 23, 2022

22 Februari 2022 (22.2.22) merupakan tarikh yang cukup unik pada tahun ini apabila ia dikatakan hanya akan muncul seterusnya pada...

Read more
Tak Sangka! 5 Artis Indonesia Ini Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam
HotList

Tak Sangka! 5 Artis Indonesia Ini Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam

by Naddy Joe
January 6, 2022

Siapa sangka beberapa artis ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda ingin tahu siapakah artis yang...

Read more
Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021
HotList

Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021

by Naddy Joe
December 31, 2021

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ramai selebriti yang mendapat khabar gembira kerana menyambut kehadiran orang baru dalam...

Read more
Pilihan Murai : 6 Selebriti Muda Paling Menyerlah Sepanjang 2021
HotList

Pilihan Murai : 6 Selebriti Muda Paling Menyerlah Sepanjang 2021

by Khai Azfar
December 31, 2021

Kemunculan dan kebangkitan bakat-bakat baharu atau juga dikenali sebagai 'BBNU' pada tahun 2021 telah merancakkan lagi industri seni tanah air....

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Netizen Dakwa Ada Yang ‘Busuk Hati’ Dengan Noh Salleh?

  5. 5

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera