Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Dian Sastrowardoyo Akui Pernah Depresi & Nyaris Bunuh Diri

beliau melalui kehidupan yang sangat sukar sebelum berjaya seperti sekarang.

by Naddy Joe
September 20, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak ramai yang tahu bagaimana kehidupan ketika kecil sehinggalah dewasa bagi aktres yang popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo. Disebalik kejayaan dan namanya menjadi sentiasa menjadi pujaan ramai, Dian menceritakan bahawa beliau melalui kehidupan yang sangat sukar sebelum berjaya seperti sekarang.

Digelar ‘Anak Pembantu’

Melalui temubualnya bersama Dewi Sandra di Youtube, Dian mendedahkan bahawa beliau merupakan anak tunggal yang tiada rakan untuk bermain bersama. Beliau hanya bermain dengan pembantu sehingga tidak kisah digelar sebagai ‘anak pembantu’.

Ibu dan bapanya bercerai ketika Dian masih di darjah 3. Walaupun sudah bercerai, Dian berkongsi bahawa kehidupan ibubapanya tidak seperti pasangan cerai pada umumnya.

“Cuma cerainya itu tidak seperti dalam filem. Kerana Bapa masih tinggal bersama kami. Dan saya seumur hidup dari kecil tidur bertiga bersama Mama dan Bapak. Walaupun mereka sudah tidak bersama, Bapa masih tidur di sini.”-Jelas Dian

Bapa Meninggal Ketika Beliau Masih Remaja

Dian turtu berkongsi bahawa beliau terpaksa merelakan pemergian bapa tercinta di saat ibunya yang jauh daripadanya kerana melanjutkan pengajian master di luar negara.

“Ketika saya gred 1 SMP, Bapa mempunyai penyakit hati dan meninggal.

Mama baru sahaja pergi pada hari Rabu untuk melanjutkan pengajian master di luar negara. Dalam minggu yang sama, saya seorang anak tunggal kehilangan dua figura ibubapa.”-luahnya

Nyaris Mahu Bunuh Diri

Disebabkan bapanya meninggal dunia ketika beliau masih remaja dan ibunya pergi menyambung pengajian di luar negara, Dian akui mengalami depresi dan pernah berniat untuk mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri.

“Saya takut, saya jadi orang yang depresi dan stres. Berfikir ‘bunuh diri saja mungkin’. Saya berfikir mengenai itu beberapa kali.”-dedahnya

Akhirnya , Dian menyertai Gadis Sampul (model remaja Majalah Gadis), yang mana membuatkan beliau lupa dengan depresi yang dilalui dengan kesibukan kerja.

“Makanya setahun kemudian saya menyertai Gadis Sampul. Supaya saya tidak gila, saya melakukan pencapaian.”-tambahnya

Disebalik kehidupannya yang sukar, kini pemilik nama Diandra Paramitha Sastrowardoyo menjadi antara artis terkenal di Indonesia dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya. Beliau kini sudah berkahwin dengan Maulana Indraguna Sutowo, anak lelaki  kepada konglomerat Adiguna Sutowo. Perkahwinan mereka juga dikurniakan dua orang anak.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dian Sastrowardoyo
https://lomp.at/qrs5n
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem