• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Boleh Pecahkan Keamanan, Polis Buka Kertas Siasatan Penularan Video Lucah Pendakwah Terkenal

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) & Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

by Khai Azfar
September 24, 2021
Share on Facebook

Susulan tularnya klip video dan mesej lucah membabitkan seorang pendakwah terkenal,pihak polis menerusi sebuah kenyataan memaklumkan telah membuka kertas siasatan atas kes tersebut.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 504 & 233

Dalam kenyataan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Dalam masa yang sama, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menyalahgunakan platform itu bagi mendatangkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas juga akan diambil kepada individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya

Hubungi Polis Untuk Bantu Siasatan

Abd Jalil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Murai.my melaporkan tangkap layar mesej serta video lucah melibatkan seorang pendakwah bebas terkenal hangat diperkatakan selepas mangsa dikatakan tampil mendedahkan bukti-bukti tersebut. Difahamkan, seorang lagi pendakwah bebas telah membuat laporan serta memberi bukti kepada pihak polis.

Gambar Lucah Pendakwah Terkenalvideo lucah
https://lomp.at/un88j
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
Screenshot
Gossip

[VIDEO] Zarina Anjoulie Beri Keterangan Kepada MCMC, Cetus Teguran & Nasihat Netizen!

Pelakon, Zarina Anjoulie sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dikatakan terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama lelaki yang...

Read more
by Naddy Joe
August 27, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  2. 2

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  5. 5

    [VIDEO] Fazura Dikecam Netizen Gara-Gara Perkataan ‘SINGLE’-“Tolonglah Move On Netizen”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem