Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Anda Tidak Layak Bersuara’- Dr Rafidah Marah Doktor Pencen Tentang Vaksin

by Puteri Alia
September 25, 2021
Foto - Instagram @rafidah72

Foto - Instagram @rafidah72

108
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial Doktor Rafidah baru-baru ini, yang berkongsi pandangannya mengenai golongan doktor lama yang telah tamat tempoh perkhidmatan wajib.

Mohon Doktor Pencen Berhenti Pecah Belahkan Masyarakat

Dipetik dari Instagram Doktor Rafidah, wanita ini menitipkan pesanan yang pedas kepada warga doktor pencen agar tidak mengelirukan orang ramai mengenai isu vaksin dan menerima realiti sebenar dan dalam masa yang sama menerima nasihat doktor muda.

“Dengarlah.

Dulu, anda yang memberi kami nasihat. Ya, kerana andalah kami berjaya. Tapi, sekarang masanya anda SENYAP. Bukan sebab dunia yang bertukar jadi tunggang terbalik. Inilah realiti sebenar. Yang tua-tua dengarlah nasihat yang muda pula, zaman anda dah berlalu.”

Foto – Instagram @rafidah72

Malah Doktor Rafidah juga menyoal tentang pesakit Covid-19, yang mana tidak semua doktor pencen turun padang untuk merawat dan melihat sendiri keadaan pesakit yang dijangkiti terseksa di katil hospital.

“Tak payah meroyan, memporak-perandakan keadaan. Nampak sangta anda dah ‘lost touch’. Anda dah senang, dah tinggal dikayangan dan sudah tidak jejak tanah nampaknya.

Berapa orang covid19 kategori 5 yang anda rawat? Berapa orang covid19 yang menggelupur sengsara sesak nafas yang anda rawat? Berapa orang keluarga anda buat VIDEO CALL disaat-saat akhir kehidupan mereka akibat COVID19 ini?”

Doktor Pencen Beri Pendapat Meragukan Tentang Vaksin

Bukan itu saja, Doktor Rafidah juga meluahkan rasa marah dengan menyoalkan tindakan golongan doktor lama yang berkongsi pendapat mereka yang meragukan mengenai vaksin kepada masyarakat.

Dan paling menyedihkan, golongan anti vaksin ini mengguna pakaikan pendapat doktor lama untuk tidak menerima vaksin.

“Kenapa tiba-tiba berlagak nak memberi pendapat meragui vaksin? Elok lah tu, anda beri pula puak-puak tersebut menunggang anda.

Tidak cukup mereka nak menunggang agama, konon ‘pendapat pakar’ yang TIDAK ADA pengalaman merawat COVID19 pula dipakai.”

Tak Layak Bersuara

Bagi Doktor Rafidah, doktor lama yang tidak bertugas dalam merawat dan melawan Covid-19 ini tidak sesuai untuk memberi pandangan mereka mengenai vaksin.

TokTi Tak Merajuk, Tapi Kesal Difitnah-"Saya Tahu Bila Masanya Perlu Berbakti Kepada Negara"

Apatah lagi, isu Covid merupakan isu yang serius dan beri kesan yang mendalam pada pesakit serta keluarga pesakit.

Menurut Doktor Rafidah, wanita ini mahu doktor lama berhenti menyebarkan pandangan yang meragukan dan biarkan pakar jalankan tugas mereka.

Foto – Instagram @rafidah72

“Anda TIDAK LAYAK bersuara. Tidak kiralah berapa kilogram garam anda dah telan, lebih daripada yang muda. Anda TIDAK ada IDEA apa COVID19 lakukan pada masyarakat, pesakit dan keluarga mereka.

Biarkan PAKAR SEBENAR buat kerja mereka. Anda perlu SENYAP dan lihat dari belakang. Bukan memecah belahkan dengan info mengarut dan jelasnya SAMPAH.”

Dengan pandangan bercanggah antara doktor pastinya akan mengelirukan orang ramai, namun ramai yang mengikuti saranan dan panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan mengenai vaksinasi untuk menjaga diri dan keluarga dari pandemik ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
covid-19Doktor PencenDr RafidahKKMvaksin
https://lomp.at/m0n0o
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem