Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Elvina, Nad Zainal Dan Ramai Selebriti Ini Kritik Sikap Usahawan Riak Campak Duit

by Puteri Alia
September 27, 2021
398
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru-baru ini mengenai sikap usahawan muda yang ditemubual oleh media tempatan melemparkan wang di lantai secara tiba-tiba, aksi tersebut menarik perhatian ramai selebriti tempatan dan orang ramai terhadap usahawan tersebut.

Selebriti Tempatan Kutuk Aksi Usahawan Muda

Melihat gelagat yang dipamerkan usahawan muda tersebut dalam klip video yang dimuatnaik di Instagram Mstar Online itu, membuatkan ramai selebriti tempatan berkongsi pandangan masing-masing diruangan komen Instagram media tempatan itu.

“Orang betul-betul kaya, tak perlu nak buktikan kekayaannya.. Tak perlu nak campak-campak duit seperti itu. Mula-mula ok lah, lama-lama naik meluat pula dengan kandungan-kandungan macam ni.

Apoooo! Haaa, pertama kali komen sebab memang rasa meluat sangat” – Elvina Mohamad

Foto – Instagram @mstaronlineofficial

“Apabila semua nak pamer pada umum, akhir-akhir… beginilah… #diamdiamsudah” – Nad Zainal

“All the best with LHDN….” – Dr. Jezmine Lim

“Aku nak tengok dia kutip balik yang dia campak tu, masuk balik dalam beg tu bawa balik… Kalau dah campak bagilah dekat krew dekat situ, dia orang pun tengah susah sekarang!” – Afdlin Shauki

Netizen Kritik Tayang Kekayaan Dengan Melempar Duit

Bukan saja selebriti tanah air meluahkan rasa tidak suka mereka terhadap aksi yang dipamerkan usahawan muda tersebut, malah orang ramai juga kurang senang melihat cara usahawan tersebut cuba menunjukan kekayaan diri dengan cara sebegitu rupa.

“Bang Iqbal meh sini la duit, boleh wak next projek bendera putih dekat Terangganu.. Dari lepor-lepor gitu boleh mende”

“Astaghfirullahhal’azim, meh sini sikit duit tu”

“Sombong tunjuk kekayaan kau tu.. Jangan riak sangat.. Allah nak tarik, bila-bila je”

Foto – Instagram @mstaronlineofficial

“Biarlah tak ada duit nak di campak, janji jaga adab dengan rezeki”

“Wow sedekah lagi bagus duit tu, untuk orang-orang yang tengah susah”

“Bagi saya jelah bang”

“Mak ayah saya selalu pesan, tak boleh campak-campak duit macam tu walaupun dalam keadaan bergurau”

“Jangan ujub, bangga, riak, takabbur sangat… Patut kalau dah orang cakap macam-macam, cuba bagi contoh yang positif.. Bukan dengan lempar-lempar duit..”

Aksi sebegini memang kurang baik, lebih baik diam atau gunakan wang yang ada untuk bersedekah dan bantu golongan yang sedang kesusahan.

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil, Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ahmad Iqbal Zulkeflidatuk seri vida
https://lomp.at/zcdko
Share159Tweet100SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem