Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pendakwah Aiman Banna Anggap Siri Squid Game Sebagai Dosa & Maksiat?

by Puteri Alia
September 28, 2021
Foto - Rock Paper Shotgun

Foto - Rock Paper Shotgun

100
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah dan penulis buku terkenal Aiman Banna atau nama sebenarnya Mujahid Aiman Rumawi menyentuh isu normalisasikan dosa dan maksiat di media sosialnya.

Melihat rakyat Malaysia yang beragama Islam tenggelam dalam dunia hiburan dengan heboh berkongsi mengenai siri penstriman popular Squid Game, membuatkan pendakwah muda ini memberi teguran di Instagramnya.

Muslim Malaysia Normalisasikan Maksiat Dan Dosa

Menyentuh isu siri popular tersebut, wargamaya mengatakan bahawa Korea bukanlah negara Islam dan tiada kaitan dengan ikhtilat, aurat atau yang berkaitan dengan Islam.

Melihat wargamaya tidak setuju dengan teguran yang diberikan di Instagram, Aiman menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan ia bukan soal Korea atau filem keluaran siri mana-mana negara mahupun bangsa.

Tetapi soal golongan Muslim yang menonton maksiat dan bangga mempromosikan maksiat secara berleluasa, apatah lagi filem atau siri yang ditonton tersebut mempunyai unsur haram yang ada didalamnya seperti LGBT.

Foto – Instagram @aimaanbanna

“Fallacy apakah ini?

Siapa yang bercakap pasal hukum hakam kat Korea?

Orang cakap pasal MUSLIM di Malaysia yang menonton filem maksiat, yang tidak sensitif langsung dengan dosa maksiat, ikhtilat, dan lain-lain. Kemudia MUSLIM yang sama mempromosikan maksiat ini dengan bangga di media sosial.

Kita bukan highlight Korea, semua filem sekalipun termasuklah filem atau siri Melayu, Cina, India atau Arab sekali pun termasuk pengharaman jika ada unsur sebegini.

Lagi-lagi Netflix memang SETONGKOL KAW-KAW LGBT!

Mana taqwa dan ihsan kita?

Kenapa kita rasa biasa dan relax? Menggelupur apabila ditegur? Kerana telah berjayanya Normalisasi Dosa dan Maksiat di Malaysia”

Berat Dosa Normalisasikan Maksiat

Aiman juga berkongsi mengenai dosa terhadap mereka yang menormalisasikan maksiat, adalah dosa yang lebih teruk dari golongan yang melakukan dosa.

“Orang yang menormalisasikan dosa lebih teruk dari yang melakukan dosa. Lihatlah kisah Nabi Luth, isterinya bukanlah songsang sepertimana kaumnya TETAPI isterinya mempromosikan dan menormalisasikan. Akhirnya dia diseksa diazab SEPERTIMANA kaum Nabi Luth yang lainnya.”

Foto – Instagram @aimaanbanna

Selain memberi contoh dari kisah Nabi Luth, pendakwah muda ini juga memberi contoh golongan LGBT zaman kini sebagai pengajaran buat semua.

“Orang yang melakukan perbuatan LGBT boleh sahaja masih seorang Muslim, cuma diuji dengan maksiat dan dosa yang dia masih ketagih, selagi mana dia tidak ‘justify’ dan menghalalkan ketagihannya itu.

Tetapi orang yang mempromosikan dan menormalisasikan LGBT sudah pun jatuh kufur kerana menentang pensyariatan Allah dengan sengaja dan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.

Hati-hati dengan normalisasi.”

Cabaran untuk meninggalkan maksiat bukan mudah, tetapi ia boleh dikecapi dengan niat yang bersungguh dan mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Seperti kata Aiman Banna, hati-hati dengan normalisasi jangan sampai mempromosikan maksiat!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aiman bannadosamaksiatnormalisasi
https://lomp.at/gb5tm
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem