Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Selangor Catat Kadar Muflis Tertinggi Sewaktu Pandemik COVID-19

Perdana Menteri mendedahkan bahawa lebih daripada 10,000 individu telah diisytiharkan muflis sepanjang PKP

by Naddy Joe
September 28, 2021
via BERNAMA

via BERNAMA

Share on Facebook

Kita semua telah melihat bagaimana pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada semua pihak sehingga banyak perniagaan terpaksa ‘gulung tikar’.

Walaupun sebelum ini tidak ada angka yang jelas mengenai jumlah perniagaan dan individu yang terjejas secara kewangan disebabkan pandemik COVID-19, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan statistik yang membimbangkan pada Isnin (27 September).

10,000 Individu Diisytihar Muflis Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menerusi Jawapan Bertulis Dewan Rakyat , Perdana Menteri mendedahkan bahawa lebih daripada 10,000 individu telah diisytiharkan muflis sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) antara bulan Mac tahun lalu dan Julai. Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 1,246 perniagaan telah ditutup dalam tempoh yang sama.

“Jumlah kes kebangkrapan mengikut bilangan individu yang muflis dari Mac 2020 hingga ke Julai 2021 adalah sebanyak 10,317 kes.”-Jelas Ismail

via Parlimen Malaysia

Berdasarkan pecahan negeri, Selangor mencatatkan kes kebangkrapan tertinggi dengan 2,555 kes diikuti oleh Wilayah Persekutuan (1,288), Johor Bahru (792), Perak (628), Sabah (623), Pulau Pinang (488), Negeri Sembilan (481), Kedah (477) dan Kelantan (419).

1,246 Perniagaan ‘Gulung Tikar’ Disebabkan Pandemik

via Putera Daily

Selain itu, 1,246 perniagaan terpaksa ditutup disebabkan pandemik Covid-19, 497 adalah syarikat yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan diikuti oleh Selangor dengan 273 kes. Negeri-negeri lain termasuk Johor (90), Pulau Pinang (63), Perak (53) dan Sabah (52).

via Parlimen Malaysia

Beliau turut menjelaskan penutupan perniagaan meningkat pada November 2020 dengan 144 kes sebelum turun dan kembali meningkat pada Mei 2021 dengan 134 kes.

“Berdasarkan input daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan tidak menyediakan bantuan khusus untuk peniaga yang menamatkan perniagaan, sebaliknya mengambil pendekatan memberi
bantuan dan insentif untuk menyokong kelangsungan perniagaan mereka.”- dedah Ismail lagi

Kami di Murai My berharap lebih banyak perniagaan dan individu dapat bertahan sewaktu pandemik ini. Sama-samalah kita membantu menyokong perniagaan tempatan kita.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
covid-19ismail sabri
https://lomp.at/pllst
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem