Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

CEO Arab Saudi Miliki Hobi Luar Biasa, Biak Baka Ular Sawa Unik & Eksotik

by Puteri Alia
October 19, 2021
Foto - Instagram @the.snakeroom

Foto - Instagram @the.snakeroom

Share on Facebook

Siapa sangka orang kaya Arab Saudi Faisal Malaikah mempunyai minat yang luar biasa iaitu, membiak dan mengacukkan ratusan jenis baka ular sawa demi mendapatkan genetik yang unik dan eksotik.

Usahawan Kaya Saudi Pakar Kacuk Ular Sawa Eksotik

Dipetik dari France24, Malaikah mula menunjukan minat terhadap reptilia tidak berbisa ini semenjak berusia lima tahun dan bermula dari minat itu usahawan ini mengumpul pelbagai jenis baka ular sawa untuk dijadikan sebagai koleksi peribadinya.

Foto – Instagram @fsmalaikah

Bina Ruang Khas Untuk Ular Kesayangan

Malaikah mengumpul dan membiak ular-ularnya di kediamannya yang terletak di bandar Laut Merah, Jeddah, ahli perniagaan berusia 35 tahun membina ruang khas untuk ular-ularnya dan ruang tersebut dinamakan sebagai Snake Room.

Foto – Instagram @the.snakeroom/@fsmalaikah

Di Snake Room ini lah, tempat lahirnya ratusan corak ular sawa yang eksotik dan luar biasa malah Malaikah juga membenarkan pengunjung untuk datang melawat Snake Room bagi mereka yang minat mengenali reptilia tidak berbisa ini.

Foto – Instagram @the.snakeroom/@fsmalaikah

Ambil Masa Lebih 10 Tahun Lahirkan Ular Bercorak Tiga Warna

Menurut Malaikah dalam untuk mendapatkan ular bercorak dengan tiga warna ia mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun bagi mendapatkan genetik kombinasi sebegitu dan proses membiak ratusan ular sawa menelan belanja yang besar.

Foto – Instagram @the.snakeroom

Miliki Ular Bernilai Lebih RM418K

Meski Malaikah menghabiskan banyak wang namun dirinya berasa puas, apatah lagi setiap ular kacukannya sangat bernilai dan mahal harganya jika di jual di pasaran.

Menurut Malaikah setiap ularnya sangat berharga dan yang paling mahal nilainya adalah dalam $100,000 atau lebih kurang RM418K.

Foto – Instagram @the.snakeroom

Manakala harga bagi ular-ular yang lain adalah dalam lingkung antara $200 hingga $20,000 atau RM800 hingga RM83K bagi setiap ekor ular.

Foto – Instagram @fsmalaikah

Luar biasa minat orang kaya Arab Saudi ni, bukan calang-calang orang boleh biak dan kacukan ular hingga dapat lahirkan ular sawa bercorak dengan tiga warna unik!

bakaeksotikFaisal Malaikahular sawa
https://lomp.at/83ojl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara