Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Pernah Menjadi Seorang Perenang? Reza Rahadian Kongsi Kisah Di Awal Kariernya

Beliau akui tidak memahami cara kerja dalam sinetron disebabkan tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan

by Naddy Joe
September 29, 2021
via Inserlive

via Inserlive

21
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktor kacak Indonesia, Reza Rahadian berkongsi kisahnya yang mencintai dunia lakonan sejak kecil.

Melalui temubualnya bersama Enzy Storia di Youtube, beliau menceritakan pernah menyertai pertunjukan teater pada usia 14 tahun.

“Dari pentas teater, saya dapat peluang untuk main teater di Kalimantan Timur kerana mamaku pindah ke sana. Tapi ia masih menjadi hobi, ruang bermain-main.”- dedah Reza

via Youtube

Pernah Ingin Menjadi Seorang Perenang

Aktor berusia 34 tahun ini tuut akui pernah mahu menjadi seorang perenang, namun gagal. Kemudian beliau kembali fokus pada persekolahan dan akhirnya menemui cintanya pada dunia lakonan.

“Ditawar untuk sertai pemilihan model majalah dulu, Aneka Yess!, pada waktu itu diumumkan di mall, saya sedang berjalan dengan mama dan diberikan tawaran terus ikut.”-Jelas Reza

Foto: yess-online.com

Beliau menambah, majalah Aneka Yess! menjadi salah satu media yang berjaya mencetak para bintang sinetron atau filem.

Tidak Memahami Cara Kerja Dalam Bidang Lakonan Sinetron

via Youtube

Aktor filem Habibie & Ainun ini juga mengakui beliau tidak memahami cara kerja dalam sinetron disebabkan tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan. Beliau juga sering mendekati pengarah dan belajar bagaimana untuk berlakon dengan baik.

“Akhirnya saya mencuba, kemudian casting,casting, setahun kemudian dapat projek sinetron pada tahun 2005 atau 2004.

Jadi kalau yang lain take, saya mendekati pengarah untuk mengetahui serba sedikit. Jadi kalau ditanya prosesnya lebih banyak dari pengalaman”- katanya

Tidak Pernah “Memilih” Tawaran Sinetron Atau Filem Pada Awal Karier

via MD Pictures

Reza juga menceritakan bahawa beliau tidak pernah memilih tawaran sinetron atau filem yang datang saat awal kariernya dan akui tidak mempunyai hak istimewa untuk memilik projek sesuai yang dimahukan.

“Peluangnya ada di depan mata. Casting, terus dapat itu euforianya luar biasa. Jadi tidak ada istilah picky, mahu pilih-pilih. Siapa saya mahu pilih filem.

Saya selalu percaya bahawa setiap peluang akan membawa kepada peluang berikutnya selama kita menjalani yang terbaik.”- kongsinya lagi

Untuk rekod, sinetron pertama yang dibintangi Reza  adalah Inikah Rasanya yang dihasilkan oleh Rapi Films pada tahun 2004. Sehingga kini, aktor berusia 34 tahun ini telah membintangi lebih dari 50 buah filem di Indonesia.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Reza Rahadian
https://lomp.at/ae1cy
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem